Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

September 08, 2011

design #1

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,


simple right?
diilhamkan oleh  OwhSoMuslim


understand and enjoy it !!
Alhamdulillah and jazakumullah :D

August 26, 2011

Baca AlQuran secara online dan Alquran Flash untuk PC

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG ,




muslimin dan muslimat ,


Membaca Alquran sememangnya dah jadi kewajipan kita umat islam seharian ,dengan Alquran lah jiwa kita boleh jadi tenang dan bersih. tak percaya ?? cuba korang bayang kan korang telah buat jenayah dan kena tangkap ,lepas tu setelah dibicarakan dimakamah korang didapati bersalah dan dikenakan hukuman 1000 kali sebatan dan tali gantung sampai mati ( mintak simpang no ,jangan buat btoi pulak just bayangkan lah..nauzubillah ) .

sehari sebelum hukuman dijalankan korang try ler dengar muzik ke , nyanyi ke ,karoke ke sorang2 , baca buku rujukan ke , senaman ke , maen game ke , bukak fb dlu ke , tweet tweet dlu ke sebelum kena hukuman tuu . Rasa-rasa tenang tak ? jiwa tenteram tak ?? haha ,tepuk dada tanya sendiri .

August 08, 2011

Google Chrome atau Mozilla Firefox lebih ok??

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG ,


so , who are the winner huh ?

Heloo guys and boys :D,

Hampir tiap-tiap hari kita online atau melayari internet menggunakan web browser or pelayar web ( translate dari google ) seperti Mozilla firefox , Google chrome , Internet explorer ( ada lagi ke orang pakai benda hampeh ni??haha ) opera dan macam-macam lagi la . Boleh dikatakan 99% orang yang online lebih cenderung untuk menggunakan Mozilla firefox atau Google chrome ( termaktub untuk orang Malaysia ,lain daripada tu aku tak taw la) . So tipu la kalau korang semua cakap tak taw Mozilla firefox mahupun Google chrome except korang-korang tu duk kat gua di sebuah pulau baru aku leh percaya .
 =.= " ehem .

Actually ,  Mozilla firefox dengan Google chrome amatlah famous and tak perlu lah nak diceritakan sangat . Dari dulu sampai sekarang , sebelum ni korang tak pernah pikir kelebihan dan kekurangan web browser yang korang guna , janji leh online and that is enough ehem *terasa . Disebabkan korang sibuk "sangat-sangat" dan sibuk mengalahkan Bill Gates , korang boleh la baca serba sikit kat post kali ni  *post yang korang tengah baca sekarang ni .

August 05, 2011

Ramadhan Check List

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG ,


Ramadhan Kareem




p/s : Ramadhan Al-kareem things to-do check list !!


  • Lebihkan amalan solat sunat seperti solat sunat Dhuha, Rawatib, Taubat, Tarawih, Tahajjud dan Witir.
  • Tidak meringankan amalan bersahur lewat waktu dan berbuka awal waktu.
  • Membiasakan solat Fardu 5 waktu berjemaah di Masjid, Surau atau di rumah.
  • Memperbanyakan bacaan dan bertadarus Al Quran dan azam untuk khatam Al Quran .
  • Memperbanyakkan iktikaf di Masjid atau surau.
  • Basahkan lidah dengan dzikir setiap masa yang terluang siang atau malam.
  • Menambah ilmu dengan membaca buku dan menghadiri masjlis ilmu dimana sahaja diadakan.
  • Bangun awal seawal 4.30 pagi untuk bersahur dan beramal menjelang subuh.
  • Mengurangkan hiburan dan aktiviti yang sia-sia yang boleh mengurangkan pahala puasa.
  • Banyakkan sedekah.
  • Banyakkan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa walaupun hanya dengan sebiji kurma.
  • Melipat gandakan amalan beribadah pada 10 malam terakhir Ramadhan.
  • Berjimat dalam berbuka puasa dan persediaan lebaran nanti.



selamat beramal -


July 20, 2011

Games yang hina Islam??shame on them!!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG ,


 
gambar perhiasan .


haloo kaki-kaki gamer sekalian ,

        Post kali ni memang wajib di baca kaki-kaki kipas susah mati gamer yang hidup kat Malaysia ni . tiap tiap hari boleh cakap semua orang laki maen game and overall memang semua orang pernah maen game . Kita semua minat maen game malah ada ja orang yang addicted maen game dalam kehidupan seharian depa tuh , namun boleh dikatakan kita ni gamer yang tidak berhemah sebab pakat maen game tanpa siasat , check , selidik , tengok preview game tu kot-kot ada unsur-unsur yang kita tak suka ka ,tak mau ka or tak boleh bagi kita orang islam . Atas nasihat seorang kawan yang tegur habit maen game ni , then baru la sedar akan ada game yang menghina islam and kalo kita maen or participating on that game then kita juga salah seorang daripada orang yang menghina Islam gak , Nauzubillah mintak simpang laa jauh -jauh!!!!

games yang menghina islam??

March 12, 2011

Mencari file yang hilang dengan mudah :D

keyword adalah penting
 Assalamualaikum wbt,

            Entry kali adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu ataupon teknik2 tentang tips mencari sesuatu file menggunakan kotak pencarian yang windows 7 sediakan untuk file anda yang maybe hilang dari tempat asal tanpa disedari . File-file yang hilang tuh adalah hilang mungkin kerana kita dah terdelete semasa melakukan benda lain or maybe kita tertarik or move file tuh kt folder2 lain tanpa disedari hampa sendiri . Ataupon maybe file2 kita yang hilang tu disembunyikan oleh malware/virus/worm/trojan or sumting yang seketerunan .  SO , first sekali kita perlu laa check di  recycle bin untuk mengkonfomkan yang file tuh kita tak delete . Next , klik kana kat mana2 (jangan kat file lain laa ,nanti kluaq menu tuk file tu  ) then cari perkataan undo move atau undo delete ..kalo ada mana2 menu cam tuh ,just klik then the file is return to their original location . tapi kalo tak dak menu2 tuh , boleeeh laa cuba step2 kat bawah ni..

March 11, 2011

Ujian ujian

"hidup ibarat persinggahan dalam perjalanan"

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

           Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera , berharap agar kita semua dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam rahmat ilahi..Alhamdulillah ,boleh juga jari ni diberi kekuatan tuk menulis sumting (something) post ataupon entry yang baru . Sejak dua satu hari ni , hidup asyk berair bersin memanjang dan pening dikala hari membuat kan hamba Allah ni lemah tuk melakukan papa pon. Dan semalam adalah hari yang agak "kurang" teruk kerana sakit gigi yang memanjangan sehingga aku tidak boleh tidoq dengan aman . Ditambah pula dengan badan yang semakin panas . Dan ketika menulis entry ni , kwn2 coursemate mesti berada di dkg130bb di bangunan biologi FST UKM tuk klas microbiology and aku still dibilik..insyaAllah jika diri ini merasa kuat dan sihat , klas selepas ini (sistem kewangan islam) bolehh la aku datang . haha , entry kali ni bukan tuk mencerita kan tentang diri ni ja. (baru nak masuk isi post ,sila sambung baca ek)

March 06, 2011

Linux Ubuntu vs Microsoft Windows 7


windows 7 versus ubuntu 10.10

Dengan nama Allah ,yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

       Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua yang sedang baca entry kali ni . Entry kali ni agak berlainan cikit drpd post2 yangg sebelum nii sbb tiba2 ja trigin post sal IT yang sangat2 laa kontrolbesi . tambahhan pula post atau entry kali ni tak sedondong dgn tajuk belog nii . Back to the point , Seperti maklum atau yang dah kita ketahui , microsoft windows 7 sekarang mmg teramatlaaaah popular dan slalu diguna pakai dalam lappy kesayangan msing2. Dan memang tak dapat dinafikan windows 7 yang di buat oleh syarikat microsoft tuh terbaek and gempak giler . and tak dapat dinafi kan memang banyak keleebihan yang windows 7 ada . salah satu nya yang boleh kita lihat ialah dari segi hardware compability yang hampir semua hardware or software support lam microsoft windows. So dalam bahasa sonang nya , operating sistem keluaran microsoft cth windows 7 ni mmg commersially support byk2 hardware..Dan kalau sekarang ni kalau beli laptop jenis papa pon of coz and cam dah ditetapkan operating sistem lappy tuh mstilah windows 7..

February 20, 2011

Cinta

" The Beuty Of Love "

       Assalamualaikum WBT khas untuk semua blogger-blogger tegar yang setia dan everytime dapat online mesti bukak dua benda wajib ni , mukabuku ( Facebook ) dan belog ( blogger atau wordpress ) . And tak dapat di nafikan bahawa diri ini jugak membuat perkara yang sama except saya , Hamba Allah ni jarang bukak FB atas sebab-sebab yang tertentu ( internet slow sangat ) , dan sejak kebelakangan ini Hamba Allah ni jadi agak malas nak perah otak menggorek idea-idea  untuk post kan entry baru ( juga disebabkan masalah internet " sila rujuk di sini " ) . Sebut ja pasal Cinta pasti anda semua telah pun tahu mengenainya mahupun telah alaminya , and by the way saya sendiri pun tak boleh lari daripada perasaan cinta-cintun ni . Bahkan semua manusia tak boleh lari daripada perasaan cinta kerana ianya fitrah manusia sejak azali lagi . Semua orang pasti atau konfom ada cerita cinta dan pengalaman cinta yang tersendiri . Maybe hampa (kamu semua ) dari kecik lagi dah pandai timbul perasaan cintan-cintun akan seseorang (saya tak taw , hehe) namun itu hanya lah cerita dulu seperti iklan di tv 3 " Dulu lain , Sekarang lain "  

      
back to the point ,

     Cinta boleh di definasikan sebagai sesuatu perasaan kasih dan sayang terhadap seseorang ( mengikut kamus dewan kalo tak silap saya ) . Dari pandangan  islam , cinta dapat diungkapkan sebagai fitrah manusia menayayangi dan mengasihi serta perasan ihsan yang lahir daripada hati seseorang . Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yg sedia ada di dalam hati setiap manusia . Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan ( ihsan @ ehsan ) sesama manusia dan makhluk lain di dunia ini . Dan boleh di katakan jugak tanpa perasaan cinta , seseorang itu akan merasai kekosongan dan kesunyian di dalam jiwa mereka . Namun cinta sekarang telah di salah gunakan oleh kebanyakkan remaja-remaja sekarang untuk menjadikan cinta itu alasan untuk melakukan maksiat ( nauzubillah ) . Memang tak salah untuk mempunyai perasaan cinta terhadap seseorg namun cara kita mengekpresikannya yang salah . YE , isu-isu yang HOT ( panas ) sekarang seperti " couple " dan sebagainya dah mencemarkan kesucian cinta ini . Cinta kalo tak di pandu dengan betol dan mengikut syarak boleh menyebabkan cinta itu menjerumus dalam lembah maksiat dan tak hairan la kalo kt Malaysia ni dah banyak kes anak haram serta buang bayi . Dah acap kali berita pasal isu pergaulan bebas dan maksiat ni timbul dan teras puncanya ialah cinta . So what should we say about that huh??


cinta itu complex and very complicated ,

     cinta memang complicated sebab macam-macam akan terjadi bila seseorang itu mempunyai perasaan cinta kan seseorang . Seseorang yang di lamun cinta pasti akan berubah dalam tindak tanduk nya dan juga perangai . Dan dalam perubahan tuh juga , ada yang baik dan ada gak yang kurang baik . Dengan cinta juga boleh menyebabkan seseorang tu marah , sedih , gumbira dan tension . Dan memang INDAH bila dilamun cinta namun indah tak cinta kita dari pandangan Ilahi??? Maybe kita dah lupa cinta yang hakiki adalah cinta dari Ilahi dan tidak kah kita taw yang cinta manusia serta makhluk lain hanya lah sementara.

January 31, 2011

Rusuhan di Mesir..



PENUNJUK perasaan, seorang daripadanya memegang gambar Mubarak yang dipangkah melaungkan slogan ketika berarak 
ke tengah Kota Kaherah, semalam.

assalamualaikum WBT,agak lama sudah tiada entry @ post baru utk blog kesayangan ni...post atau entry kali ini adalah khas tuk kwn2 dan sahabat ku yg berada di cairo,mesir.Atas dasar bimbang akan rusuhan yang hangat dan berlarutan berlaku disana,saya ingin mendoa an keselamatan mereka.Moga mereka dilindungi dari segala malapetaka dan musibah yang melanda disana oleh Allah..amin 



P/S : berharap Kerajaan Malaysia boleh menghantar semua pelajar pulang kembali di Tanah air..ramai ibubapa yg anak nya di sana bimbang dan riso..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...