July 20, 2011

Games yang hina Islam??shame on them!!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG ,


 
gambar perhiasan .


haloo kaki-kaki gamer sekalian ,

        Post kali ni memang wajib di baca kaki-kaki kipas susah mati gamer yang hidup kat Malaysia ni . tiap tiap hari boleh cakap semua orang laki maen game and overall memang semua orang pernah maen game . Kita semua minat maen game malah ada ja orang yang addicted maen game dalam kehidupan seharian depa tuh , namun boleh dikatakan kita ni gamer yang tidak berhemah sebab pakat maen game tanpa siasat , check , selidik , tengok preview game tu kot-kot ada unsur-unsur yang kita tak suka ka ,tak mau ka or tak boleh bagi kita orang islam . Atas nasihat seorang kawan yang tegur habit maen game ni , then baru la sedar akan ada game yang menghina islam and kalo kita maen or participating on that game then kita juga salah seorang daripada orang yang menghina Islam gak , Nauzubillah mintak simpang laa jauh -jauh!!!!

games yang menghina islam??

1 . Devil May Cry

Game ni siap ad berita ,huh cuba la baca 

" KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.
Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.
Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.
Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati." .thanks to this belog .


 Coincidently la , dalam salah satu atu adegan game tu ada plak dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker dalam game tuh ,  yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu. tah papa la pemikiran orang yang buat game ni , maybe diorang pnya mental dah tak betol.



Ayat karakter dalam game tu ada la baca sumpah serapah ni  ;
                              "wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"
                                        (dalam bahasa inggeris la )
Then pastu ,  karakter itu membaca pulak ayat itu di dalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible kot . Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan atau dosa-dosa besar yangg tercatit didalam bible . Wallahu'alam .
 "Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan last sekali Envy".
2 . Clive Barker Undying        

     Dalam game ni pulak mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan.  the truth is ianya hanya menggambarkan interior istana yang di duduki syaitan itu dan terdapat nama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan .

Game ni pon turut mendapat liputan ,
PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam.

   Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan and bla bla bla.


Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya. 
                                                                                                                                    thanks to this blog
     Teruk betol pemikiran orang yang nak merosakkan orang islam ni .haiya naseb baek game-game yang bergenre kan ala zombi ,iblis , ganas aku tak minat ,lega  fuuhhhh :P
 3 .       Guitar Hero 3 Legends Of Rock

     Game ni lagi tak boleh belah  , Game ni pakat nak menghina Islam, uolls tengok diorang maen gitar atas kalimah Allah, tak patut betul. Pastu nampak tak ada makhluk macam setan maen gitar tak hengat dunia sambil pijak2 kalimah Allah, ish3. Sangat melampau game ni. Sedikit info,game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dipunyai oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.

     
      Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia


and antara list2 game yag menghina islam ,

1) Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".

2 ) Resident Evil 4

Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya teknologi biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".
Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!” 
 
3 ) Dante's Inferno

Dante’s Inferno adalah game mengenai seorang karakter yang ingin menamatkan misinya yang dilakukan dalam neraka membolehkan pemain membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia dikutuk menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga. Game ini menggunakan tempat neraka yang diilustrasikan terbahagi kepada sembilan tingkat lingkaran (Circles Of Hell) dengan mengikut dosa pada setiap manusia, seperti Lust, Gluttony, Greed, Anger, Violence, dan lain sebagainya. Danteadalah karakter yang di adaptasikan dari nama Dante Alighieri, seorang penyair abad ke-14, iaitu seorang pejuang di masa Perang Salib III.


4 ) Stronghold Crusader

Ha, next game ni pulak pasal Perang Salib. So, pemain dia akan jadi watak Crusader and mission dia adalah nak kalahkan tentera Islam, sendiri mahu faham lah kan kalau orang Islam maen this game.



     Actually, banyak lagi je games yang mengandungi adegan2 yang menghina Islam, banyak cara diorang lakukan nak sesatkan umat Islam. and sebenarnya banyak lagi laa game-game yang menghina islam ni  secara halus dan kreatif ditambah dengan pemikiran kotor diorang , so korang kena pandai la sebelum maen apa-apa game pon  . untuk maklumat lanjut korang leh  googling or check and rujuk kat blog ni atau pon kat blog ni jugak . and tak lupa gak kt orang yang post kat forum ni .  Sebar-sebarkan pada yang lain lah ye. =)

 Sekian , terima kasih 

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...