February 20, 2011

Cinta

" The Beuty Of Love "

       Assalamualaikum WBT khas untuk semua blogger-blogger tegar yang setia dan everytime dapat online mesti bukak dua benda wajib ni , mukabuku ( Facebook ) dan belog ( blogger atau wordpress ) . And tak dapat di nafikan bahawa diri ini jugak membuat perkara yang sama except saya , Hamba Allah ni jarang bukak FB atas sebab-sebab yang tertentu ( internet slow sangat ) , dan sejak kebelakangan ini Hamba Allah ni jadi agak malas nak perah otak menggorek idea-idea  untuk post kan entry baru ( juga disebabkan masalah internet " sila rujuk di sini " ) . Sebut ja pasal Cinta pasti anda semua telah pun tahu mengenainya mahupun telah alaminya , and by the way saya sendiri pun tak boleh lari daripada perasaan cinta-cintun ni . Bahkan semua manusia tak boleh lari daripada perasaan cinta kerana ianya fitrah manusia sejak azali lagi . Semua orang pasti atau konfom ada cerita cinta dan pengalaman cinta yang tersendiri . Maybe hampa (kamu semua ) dari kecik lagi dah pandai timbul perasaan cintan-cintun akan seseorang (saya tak taw , hehe) namun itu hanya lah cerita dulu seperti iklan di tv 3 " Dulu lain , Sekarang lain "  

      
back to the point ,

     Cinta boleh di definasikan sebagai sesuatu perasaan kasih dan sayang terhadap seseorang ( mengikut kamus dewan kalo tak silap saya ) . Dari pandangan  islam , cinta dapat diungkapkan sebagai fitrah manusia menayayangi dan mengasihi serta perasan ihsan yang lahir daripada hati seseorang . Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yg sedia ada di dalam hati setiap manusia . Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan ( ihsan @ ehsan ) sesama manusia dan makhluk lain di dunia ini . Dan boleh di katakan jugak tanpa perasaan cinta , seseorang itu akan merasai kekosongan dan kesunyian di dalam jiwa mereka . Namun cinta sekarang telah di salah gunakan oleh kebanyakkan remaja-remaja sekarang untuk menjadikan cinta itu alasan untuk melakukan maksiat ( nauzubillah ) . Memang tak salah untuk mempunyai perasaan cinta terhadap seseorg namun cara kita mengekpresikannya yang salah . YE , isu-isu yang HOT ( panas ) sekarang seperti " couple " dan sebagainya dah mencemarkan kesucian cinta ini . Cinta kalo tak di pandu dengan betol dan mengikut syarak boleh menyebabkan cinta itu menjerumus dalam lembah maksiat dan tak hairan la kalo kt Malaysia ni dah banyak kes anak haram serta buang bayi . Dah acap kali berita pasal isu pergaulan bebas dan maksiat ni timbul dan teras puncanya ialah cinta . So what should we say about that huh??


cinta itu complex and very complicated ,

     cinta memang complicated sebab macam-macam akan terjadi bila seseorang itu mempunyai perasaan cinta kan seseorang . Seseorang yang di lamun cinta pasti akan berubah dalam tindak tanduk nya dan juga perangai . Dan dalam perubahan tuh juga , ada yang baik dan ada gak yang kurang baik . Dengan cinta juga boleh menyebabkan seseorang tu marah , sedih , gumbira dan tension . Dan memang INDAH bila dilamun cinta namun indah tak cinta kita dari pandangan Ilahi??? Maybe kita dah lupa cinta yang hakiki adalah cinta dari Ilahi dan tidak kah kita taw yang cinta manusia serta makhluk lain hanya lah sementara.

Tuhan tidak mencipta perasaan cinta atau kasih untuk di ekploitasikan oleh manusia serta makhluk2 laen (wallahua'lam) digunakan sebagai alat ataupun medium bagi membenar kan pergaulan bebas tanpa had dan kawalan dari segi syarak mahupun dari segi sosial . Tuhan jadikan cinta itu untuk dijaga oleh manusia-manusia beriman dan orang yang sentiasa berfikir akan kebesaranNya . Nabi Muhammad SAW telah pun menggariskan panduan dan batas2 pergaulan untuk dijadikan teladan bagi mengurangkan masalah sosial yang semakin teruk ni . Kami Prihatin salah satu program yang kuat menekan kan masalah sosial seperti buang bayi semakin kronik di malaysia . Kebanyakkan buayafriend dan gelifriend (istilah di pinjam oleh ustaz  Hasrizal ye ) sekarang lebih berani untuk melakukan maksiat secara terbuka dikhayalak orang ramai . Sah -sah ini merupakan petunjuk yang kuat dan yang boleh kita buat conclusion yang MASALAH SOSIAL DAH MAKIN KRONIK KT MALAYSIA . tepuk dada tanya diri sendiri ye...jeng3 

tindakkan untuk mengatasi , 

       Kahwin awal adalah salah satu metodologi yang berkesan dan boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini , sila rujuk sini . Khas untuk orang yang tengah hangat bercinta dan bercintun , seharusnya dan sepatutnya mengambil jalan alternatif untuk katakan tidak kepada maksiat dengan kawin awal . Ibubapa seharusnya membantu anak2 mereka agar ia tidak hanya diperkatakan di mulut saja . Tak salah kawen awal ( Ibu , saya nak kawen ...hehe just kidding ) dan telah ramai pun yang mempraktikkan method tuh . kalo dalam fikiran anda tak terlintas langsung untuk berkawin so jangan la pandai2 bercinta lagi . Tuhan dah tetapkan jodoh kita masing-masing , dan bila tiba masa yang sesuai dan  memcukupi terma and syarat maka harus lah anda kena lah kawin . 

nak abis dah ,huhu

       Dah agak panjang lebar saya huraikan sal cinta dalam entry ni smpai dah tepu dan berkarat dah kepala otak ni duk kikis ilmu yang ceput (cikit ) tentang cinta  untuk dikongsi bersama anda . Cinta itu Indah jika dijaga dengan sebaik baiknya , dan cinta itu syurga jika ia disalurkan dengan betul melalui pernikahan yang halal . Memang payah dan sukar untuk mengelakkan diri daripada mencintai seseorang dan amat sukar untuk menahan perasaan yang membuak-buak dikala remaja . Namun jangan lah kita pulak lupa akan cinta2 yang lain yang lagi penting dan membawa berkat . iaitu Cinta akan Allah , cinta akan Rasul dan Nabi dan cinta kan Ibubapa dan family yang lebih bermakna dan lebih suci jika dibanding kan dengan cinta akan mahkluk dan manusia yang lain . 

akhir kata , yang baik datang dari Allah dan sebarang kesilapan dan keburukan datang dari diri yang hina ini . moga kita semua memperolehi cinta yang suci dan agung dan cinta yang dapat membawa kita hingga ke syurga insyaAllah amin ya Rabbala'lamin..sekian 

Ya Allah kurniakanlah daku isteri yang baik serta solehah untuk hamba mu ini , amin


p/s : hak cipta terpelihara , boleh share tapi tak boleh digunakan untuk kepentingan peribadi haha ( penat kot perah otak buat entry kali ni ) . and entry ni xbermaksud nak sakitkan hati sapa taw , kalo ada salah minta maaf dari pihak saya dan blog ni ..terima kasih



0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...