May 11, 2015

Kerana kita semua pendidik



Sekilas di Krabi


Sudah lama kisah ini mula dicoret, takkala empunya diri sudah hampir lebih setengah tahun menjadi warga pendidik walaupun sementara dan silih berganti sekolah. Kisah yang dilakarkan hanya secebis coretan naik turun aku dalam perjalanan hidup yang fatamorgana ini. Siang dan malam silih berganti, hampir genap dua tahun melangkah keluar dari alam kampus.

Pejam celik.

Dua bulan di sekolah ini, dua bulan setengah di sekolah itu, tiga bulan disekolah yang disana. Tempoh yang singkat kalau di bandingkan dengan keringat jasa para guru, muallim dan murabbi terdahulu yang sudah lama mencurah bakti kepada anak bangsa.

Mendidik bukanlah sesuatu yang pernah bermain di fikiran aku 5 dan 6 tahun sebelum ini. Menjadi warga pendidik bukanlah cita cita yang sering didoktorinkan kepada aku. Dari kuli makmal ke penganggur terhormat dan sekarang sebagai pendidik "sementara", kemudiannya masih dalam tanda tanya.

Guru ganti atau sementara ini bukanlah sesuatu yang mashyur, atau gah pada pandangan manusia. Kebanyakkannya yang tiada pekerjaan tetap. Pendidik sementara ini jua bukanlah selalunya di pandang jasanya, bahkan ada tikanya di pandang rendah oleh segelintir guru yang pertuturannya besar sebesar perutnya kerna kenyangnya dengan keangkuhan dunia! Namun tidak dinafikan ramai guru juga yang memberi sokongan dan dorongan. Doaku kalian senantiasa dicucuri rahmat.

Syabas kepada guru guru yang harinya ikhlas mendidik anak bangsa walau terpaksa mengharungi pelbagai kesusahan, yang di pendalaman desa dengan caranya, di pekan kota dengan caranya.

Bukan kisah keangkuhan itu yang aku hendak lakarkan. Cuma dengan secuit pengalaman ini, aku mahu kongsikan apa yang bermain di fikiran.


Pengalaman.

Kalau resume kita itu akan mempunyai nilai tambah sekiranya mempunyai pengalaman. Kenapa? Pengalaman itu mengajar kita pahit manis serta liku liku kehidupan. Jatuh dan naik itu pula mengajar kita bangkit dan teruskan mencuba walaupun yang tingal itu hanya harapan. Perihal ujian itu untuk mendidik jiwa yang leka. Jemputlah ujian dengan berlapang dada dengan Tuhan.

Pengalaman hidup itu sifatnya mendidik, timbalah pengalaman ceduklah sebanyak mungkin pengajarannya dan jangan takut akan kegagalan. Adanya pengalaman jadi warga pendidik yang ceput ini aku akan ceritakan sampai ke anak cucu.

Pengalaman itu mendidik, sejarah itu sebagai pengajaran!

Pendidik.

Ya, kita semua pendidik yang mendidik setiap anak muda, warga tua, adik, abang dan kakak malahan diri sendiri. Pendidikan terawal kita bermula sejak di alam rahim lagi, para ibu yang tidak jemu melazimi diri dengan bacaan ayat ayat suci Al-quran serta tidak pernah lekang dari mendoakan anak dikandung itu sihat serta menjadi anak yang soleh solehah. Kemudiannya sekolah pertama kita adalah di rumah, iaitu keluarga! Institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam pendidikan awal anak anak sebelum melangkah ke alam persekolahan.

Jangan pandang remeh!

Kegagalan institusi kekeluargaan akan menganggu didikan di sekolah. Remaja yang sifatnya suka mencuba, masih mencari identiti dan makna kehidupan akan mudah menjadi rebel. Jiwa yang memberontak itu mudah terjebak dengan pelbagai masalah.Tugas seorang guru makin berat dengan generasi murid  yang serba mencabar. Apa tugas kita? Saya tingalkan untuk kalian menghadamnya.

setan tepuk tangan melihat kita.

Mana silapnya, apa kurangnya kita? Kita mudah melabel orang dan being so called perfectionist. Ego sentiasa menang dan persepsi negatif yang sering dibicarakan. Yang menulis ini pun sila istighfar banyak, kamu pun lebih jauh isi dari manikam. Kembali kepada Islam merupakan jawapan terbaik dan lengkap untuk menangani semua masalah, namun persoalannya adakah kita mampu walk the talk!

Tepuk dahi.

Sebenarnya, masyarakat dini hari lupa yang langit biru yang dikongsi serta tanah yang sama dipijak bukan milik peribadi sendirian berhad. Setiap dari kita mempunyai tanggungjawab sebagai khalifah, kita semua bertanggungjawab terhadap semua kerosakan yang berlaku. Langit tidak secerah dulu .

Da'wah bil hikmah

Kita jugalah yang harus berusaha mendidik diri sendiri untuk diteladani oleh orang lain! bukan hanya menunggu sesuatu hasil bercambah dengan sendirinya tanpa usaha, angan persekitaran masyarakat minda kelas pertama tingal mimpi. Semuanya bermula dengan diri kita sendiri. Didiklah dan tarbiahlah diri kita sebelum mula mendidik keluarga, masyarakat bahkan negara yang korup ini. DNA dan gen dari baka kita jugalah yang bakal membentuk society, dan mengalas tanggungjawab sebagai pemimpin di masa depan nanti. Jangan rosakkan baka kalian dengan duniawi semata mata! Asasnya semua bermula pada diri kita. Matlamat hidup bukan pada nilai dunia semata.

mustaqbal.

Hutang 1MDB, duit haji pencen rakyat dan pelbagai penyelewangan dan salah tadbir berlaku akibat masing masing meletakkan dunia sebagai matlamat. Mahukah kita lihat anak anak muda yang makanannya hedonisme, minumnya dari harta harta orang? Kritikalnya moral masyarakat khususnya anak muda boleh kita  lihat golongan ini lebih condong ke arah hiburan, drama cinta media yang melingkupkan pemikiran  anak anak kita. Change it today, by changing yourself. Stop this nonsense. Mulakan membentuk masyarakat dengan membentuk diri kita dahulu. Ambil beratlah, cakna kerana kita semua adalah pendidik.


Jangan pernah lelah mendidik diri.




0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...