February 20, 2011

Cinta

" The Beuty Of Love "

       Assalamualaikum WBT khas untuk semua blogger-blogger tegar yang setia dan everytime dapat online mesti bukak dua benda wajib ni , mukabuku ( Facebook ) dan belog ( blogger atau wordpress ) . And tak dapat di nafikan bahawa diri ini jugak membuat perkara yang sama except saya , Hamba Allah ni jarang bukak FB atas sebab-sebab yang tertentu ( internet slow sangat ) , dan sejak kebelakangan ini Hamba Allah ni jadi agak malas nak perah otak menggorek idea-idea  untuk post kan entry baru ( juga disebabkan masalah internet " sila rujuk di sini " ) . Sebut ja pasal Cinta pasti anda semua telah pun tahu mengenainya mahupun telah alaminya , and by the way saya sendiri pun tak boleh lari daripada perasaan cinta-cintun ni . Bahkan semua manusia tak boleh lari daripada perasaan cinta kerana ianya fitrah manusia sejak azali lagi . Semua orang pasti atau konfom ada cerita cinta dan pengalaman cinta yang tersendiri . Maybe hampa (kamu semua ) dari kecik lagi dah pandai timbul perasaan cintan-cintun akan seseorang (saya tak taw , hehe) namun itu hanya lah cerita dulu seperti iklan di tv 3 " Dulu lain , Sekarang lain "  

      
back to the point ,

     Cinta boleh di definasikan sebagai sesuatu perasaan kasih dan sayang terhadap seseorang ( mengikut kamus dewan kalo tak silap saya ) . Dari pandangan  islam , cinta dapat diungkapkan sebagai fitrah manusia menayayangi dan mengasihi serta perasan ihsan yang lahir daripada hati seseorang . Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yg sedia ada di dalam hati setiap manusia . Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan ( ihsan @ ehsan ) sesama manusia dan makhluk lain di dunia ini . Dan boleh di katakan jugak tanpa perasaan cinta , seseorang itu akan merasai kekosongan dan kesunyian di dalam jiwa mereka . Namun cinta sekarang telah di salah gunakan oleh kebanyakkan remaja-remaja sekarang untuk menjadikan cinta itu alasan untuk melakukan maksiat ( nauzubillah ) . Memang tak salah untuk mempunyai perasaan cinta terhadap seseorg namun cara kita mengekpresikannya yang salah . YE , isu-isu yang HOT ( panas ) sekarang seperti " couple " dan sebagainya dah mencemarkan kesucian cinta ini . Cinta kalo tak di pandu dengan betol dan mengikut syarak boleh menyebabkan cinta itu menjerumus dalam lembah maksiat dan tak hairan la kalo kt Malaysia ni dah banyak kes anak haram serta buang bayi . Dah acap kali berita pasal isu pergaulan bebas dan maksiat ni timbul dan teras puncanya ialah cinta . So what should we say about that huh??


cinta itu complex and very complicated ,

     cinta memang complicated sebab macam-macam akan terjadi bila seseorang itu mempunyai perasaan cinta kan seseorang . Seseorang yang di lamun cinta pasti akan berubah dalam tindak tanduk nya dan juga perangai . Dan dalam perubahan tuh juga , ada yang baik dan ada gak yang kurang baik . Dengan cinta juga boleh menyebabkan seseorang tu marah , sedih , gumbira dan tension . Dan memang INDAH bila dilamun cinta namun indah tak cinta kita dari pandangan Ilahi??? Maybe kita dah lupa cinta yang hakiki adalah cinta dari Ilahi dan tidak kah kita taw yang cinta manusia serta makhluk lain hanya lah sementara.

February 15, 2011

internet UKM Jaring " sangat laju"

gambar hiasan

"This internet services is killing me SLOWLY"  

         Assalamualaikum salam sejahtera dan salam Maulidur rasul , di hari yang mulia ini kita seharusnya banyakkan berselawat dan bersyukur diatas kelahiran Nabi Muhammad SAW insyaAllah. hampir dua atau tiga hari ini sejak ukm jaring ( servis internet di ukm ) menjadi "agak" laju serta memuaskan . Oleh hal yang demikian ia amat menyukarkan diri ini untuk membuat entry atau post yang baru (padahal malas je ) =.= ". 

         Genap semalam dah dua paper mid sem telah saya lalui and overall we just could say that it is " Killing me " so much !!. haha , so saya still ada tiga lagi paper yang menunggu untuk membunuh diri ini lagi . nasib baek la tarikh exam tu tak dekat-dekat . tarikh2 exam tu leh rujuk " Di sini " ..selepas exam semalam dan juga hari ini saya still leh berseronok bagaikan tiada lagi paper yang perlu dihadapi . masa yang terluang banyak digunakan dengan begitu " Baik " . tengok muvie + men game and tak lupa gak buat air liur lebih..haha , antara movie / drama / video yang sempat dijamah ialah :



salah satu muvie yang besh3!!


Drama ini best sgt kerana mempunyai jalan cerita yang 
begitu melankolik , holistik dan teratur serta  plot dan struktur 
cerita yang amat menarik .


Video debat ini banyak membuka mata serta kebenaran tentang kepalsuaan 
bible yang banyak diolah oleh kaum nasrani sendiri . yang paling penting , 
pendedahan pornografi didalam kitab bible tu tersendiri . MasyaAllah , 
boleh kah bible itu disebut sebagai the  'Holy book '??


Dokumentasi yang dibawa oleh wakeup project dan Almarhum Syeikh Ahmad Deedat
  ini pulak banyak menerangkan konsep ketuhanan serta ajaran yang pertama sekali 
diseru oleh semua agama adalah sama . dokumentari ini banyak 
membuka minda masyarakat islam dan bukan islam tentang
 konsep beragama .



          Dan memang masa yang banyak  lapang tu telah pun saya gunakan dengan "sebaik2nya" and dengan di penuhi dengan aktiviti yang BERFAEDAH  . bukan stakat tu ja , dari pagi smpai tengahhari tadi saya asyik maen game ja . Naruto shippuden ultimate ninja 5 , salah satu game ps2 yang  leh maen kat lappy pakai emulator..hehe , and that the end for this entry . That all for today , sehingga di lain waktu , di blog yang sama  insyaAllah .

sekian terima kasih 



p/s : semua perkataan mahupon gambar adalah hak cipta terpelihara serta tidak bermaksud untuk mengaitkan sesiapa mahupun membangkitkan isu2 panas . post/entry ini tidak ada kaitan sama ada yang telah mati mahupun hidup . sebarang kesilapan penulis blog ini meminta maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut .sekian wassalam..


February 07, 2011

Mid Sem!!!


YE mid sem dah dekat , dekat hanya di mulut namun jauh sungguh dari tindakan , terus terang na HABAQ jadual mid sem exam pon aku xtaw and xbrapa ingat . Thanks to aurora yang post jadual tu and mengingatkan aku sal exam yang semakin hampir . Berikut adalah jadual exam (copy dari blog org) 

13/2/2011 - Cell Biology
             14/2/2011 - Kimia Analisis Asas
   18/2/2011 - Mikrobiology
23/2/2011 - Biodiversity
28/2/2011 - Kimia Fizik

      haaha , tarikh2 keramat telah termaktub tapi diri aku ni masih terhuyung hayang . Nak cakap sibuk ngn program papa , xleh gak sebab xjoin papa pon . Masa yg terluang habis cam tu ja . Buat teman-teman seperjuangan smoga berjaya menangani masalah stress masing2 and gudluck for mid sem . akhir kata Mumtaz fi kulli imtihan insyaAllah . sekian wassalam

February 06, 2011

Matlamat??Tujuan??


     Sebagaimana tajuk entry kali ni , banyak menyedarkan aku dalam banyak perkara . Antara impian dan cita-cita serta tindakan dan target mahupun matlamat hidup kita yang seakan-akan hilang di mamah masa dan usia..huahuahua T_T..and first of all , FOR YOUR INFORMATION cuti raya cina + mid sem break dah habis..and sepatutnya esok pagi dah start klas blek..eh3!! lupa pulak sebelum pape , Assalamualaikum, salam sejahtera..sebagai seorang muslim sejati , sepatutnya memberi salam adalah kewajipan yang perlu di utamakan ..hehe

     Alhamdulillah , krisis di mesir sekarang bertambah rumit serumit rumitnya and terima kasih banyak2 kepada pemimpin berkuku besi selama 30 tahun Hosni Mubarak (kalo x silap eja la) yang banyak membantu dalam menambah kekerumitan krisis di sana..nasib 11 ribu pelajar+rakyat kita alhamdulillah selamat..insyaAllah semua akan berjalan dengan lancar , proses evakuasi (pemindahan) setakat sekarang berjalan dengan lancar..cukup ngn krisis di mesir , dah banyak melalut and kluaq (loghat utara) topik..

      Haha , yup tiket bas (aloq staq ke kajang) dah HABIS!!..sepatutnya skrang mesti aku dah otw blek ke kolej and maybe dah hampir smpai..tapi still ag kt umah disebabkan sikap tangguh or boleh dikatakan juga kekelambatan diri sendiri membeli tiket bas , so What your did is What your GET and what your Deserve and jadi la camni..tapi still syukur gak coz ada gak tiket tuk blek ke kolej even agak lambat sedikit..ye3!! mmg lambat sgt pon  , mlm ni baru nak bertolak p blek U yg terchenta (UKM) and blek kolej (zaba) yang dirindui "sangat" ..rasa macam dah botak kepala sebab banyak pikir sal kerja+mid sem exam yang dihujung tanduk .. dahla kerja tutor kimia analisis tak buat ag, cuti ni just blek umah goyang kaki buang masa , tak buat papa and paling obvious skali adalah saya tak study pon . Huish apa la nak jadi nii aduyai!! (marah diri sendiri)....bertimbun ag benda yang kena baca+ulangkaji..Mid sem semakin hampir tapi study semakin tenggelam.  

      Dikala diri ini sedang merenung akan nasib diri , tiba2 pulak teringat akan seorang sahabat baik yang pernah bercakap Direct kat aku "MANA MATLAMAT KO??AP TUJUAN KO??" diam membisu kaku diri ini  , tersentak akan perkataan yang kluar dari mulut seorg insan bernama sahabat itu tanpa ditapis , buat aku skrang lebih banyak berfikir..Thanks to him , now saya sedar akan apa yang diperkatakan olehnya. Tegurannya adalah salah satu bentuk nasihat tuk kita agar lebih banyak2 memikir secara meluas dan kritis dari pelbagai perspektif . Alangkah ruginya kita,just banyak merungut ngn banyak cakap ja lebih..kerja still tak jalan , just omong kosong je banyak . Akhir sekali "Mahu Seribu Usaha , Malas Seribu Alasan "(peribahasa yang telah diedit ckit)..So kurangkan lah provokasi , tingkatkanlah kerja dan kuatkanlah keyakinan anda . Be Creative in Ideas with STRONG Belief in it and an ACTION toward it will make you on top of the WORLD . InsyaAllah sekian syukran , salam..

February 02, 2011

info nasib pelajar di Mesir

Assalamualaikum WBT..untuk mengetahui nasib pelajar2 Malaysia di Mesir,boleh tahu dengan lebih lanjut di http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com .Moga mereka semua sentiasa dilindungi oleh Allah..amin..sekian terima kasih....harap maklum




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...