DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG ,
which way you are??
Assalamualaikum ,Definisi puasa selain menahan diri daripada lapar dan dahaga , juga menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membolehkan puasa kita batal on the spot mahupon secara tak sedar mengikut keadaan dan hukum syarak . So apa kaitan definisi puasa dengan orang yang tak atau ponteng berpuasa ni ?? firstly , diorang melakukan perkara-perkara yang membatal kan puasa diorang . Second ,maybe orang-orang yang ponteng puasa tu tak taw perkara-perkara yang membatalkan puasa diorang *positive thinking pliz .
Baru-baru ni ada lah terserempak dengan segelintir , sekumpulan mahupun bersendirian orang yang tengah kalah dengan nafsu sendiri . Ada yang hisap rokok sorang-sorang , ada pulak yang hisap rokok dengan kawan-kawan sambil minum air tin dan ada gak orang join sekaki dengan geng-geng tu * tuan punya blog ni tak terlibat ek ,just lalu saja . hurm , nak ditegur takot silap haribulan kita pulak yang masuk wad hospital 2 bulan . Mana taknya , kebanyakkan orang yang ponteng tu semua dah dewasa dan ada diantara depa tu dah bekerja . Yang menghairankan , kenapa orang-orang yang banyak telan garam kat dunia ni still tewas dengan nafsu serakat , ponteng puasa secara terbuka senang-senang diorang ja .
ehem,
Actually , kebanyakkan orang yang ponteng puasa ni tergolong dengan orang yang kalah dengan nafsu sendiri . even syaitan dan iblis kena lockup dan gari waktu bulan ramadhan ni , nafsu yang memang zahir dan batinnya wujud dalam hati manusia sejak azali lagi masih mengalir dalam badan kita menyeru mengikut kehendak yang macam-macam. For you information , melawan nafsu-nafsu yang mengarah ke arah kemungkaran gak adalah jihad jugak taw.
Jihad secara lahiriah semua sudah tahu iaitu membangun ekonomi Islam, membangun sistem hidup Islam, membangun pendidikan Islam, membangun kebudayaan Islam, membangun kesihatan Islam, berperang jika terpaksa dan lain-lain. Walau bagaimanapun Rasulullah S.A.W sangat menekankan tentang adanya jihad yang batin, maknawi atau jihad melawan hawa nafsu. Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, “Peperangan apakah itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata, “Peperangan melawan hawa nafsu.”
[Riwayat al-Baihaqi] -dipetik dari sebuah artikel islam yang kita baru dapat
NAFSU, walaupun selalu mendapat cacian, namun selalu pula diikut.
Melawan hawa nafsu ni atau mujahadatun nafsi memang la teramat sangat susah . Maybe kalau lah nafsu itu ada di luar jasad kita dan boleh kita pegang atau sentuh , then mudahlah kita tekan-tekan dan buangnya sampai hilang , tetapi hakikatnya nafsu kita itu ada di dalam diri kita sejak azali lagi , mengalir bersama aliran darah dan menguasai seluruh tubuh kita. Dan kerana itu lah , tanpa kesedaran dan kemahuan *iltizam yang sungguh-sungguh agak pasti kita dikalahkan . Maka wujud la orang-orang yang ponteng puasa , orang-orang yang sentiasa dalam keadaan fasik dan sering melakukan maksiat dan perkara mungkar even dalam bulan penuh rahmat ni .
orang-orang yang berjihad ,
Bahkan Rasulullah S.A.W pon mengajak kita untuk meninggalkan suatu peperangan , suatu perjuangan untuk bersedia untuk berjihad melawan nafsu kita sendiri kerana ia salah satu daripada jihad-jihad besar jugak . Orang yang berperang melawan nafsu ini nampak seperti duduk-duduk saja, tidaklah sesibuk orang lain, tetapi sebenarnya sedang membuat kerja yang lebih besar taw . So janganlah kita hanya mengejar amalan yang nampak oleh mata kasar sahaja ,tapi yang tak nampak macam melawan nafsu ni kita tingal dan biarkan ia menguasai hati kita .
Dalam erti kata yang lain , nafsu yang tak berapa elok atau jahat ni boleh dikatakan sifat mazmumah. Antara sifat-sifat mazmumah itu ialah for example riya’, ujub, cinta dunia, gila pangkat, gila harta, gila ponpuan, hasad, dengki, ego, dendam, buruk sangka, mementingkan diri sendiri, pemarah, tamak haloba, bakhil, sombong dan banyak lagi kalo nak list ni . Sifat-sifat itu lah yang akan melekat pada hati seperti daki kotoran melekat pada badan kita kalau kita tak mandi or cuci. Kalau kita malas cuci atau menggosok kotoran a.k.a sifat mazmumah itu then ia akan semakin kuat dan menebal pada hati kita. Sebaliknya kalau kita rajin membersih ataupun menggosoknya maka hati kita akan bersih dan of coz la jiwa akan turut suci .
kiutnya budak ni
boys and girls , mak cik dan pak cik ,
Bulan Ramadhan adalah bulan yang memiliki keistimewaan dan kemuliaan yang sangat tinggi. Bulan dimana diturunkan al-Quran yang menjadi petunjuk ummat manusia sampai sekarang dan sampai bila-bila pon . So plizz la stop the nonsense , berhentilah membuat kemungkaran di bulan yang mulia ni . Buang segala sifat-sifat mazmumah yang ada pada diri kita ni , kikis dan bersihkan hati kita ni supaya kita tidak tergolong dalam orang yang menzalimi diri sendiri . Tekad dan kuat kan iltizam kita sepanjang bulan ramadhan kareem ni untuk beramal , mengutip segala rahmat dan berkat bulan ini untuk dijadikan bekalan akhirat nanti insyaAllah .
p.s : entry atau post peringatan untuk diri sendiri jugak , renung-renung dan muhasabah diri sendiri .
-selamat beramal-
0 kritikan:
Post a Comment