March 11, 2011

Ujian ujian

"hidup ibarat persinggahan dalam perjalanan"

dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

           Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera , berharap agar kita semua dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam rahmat ilahi..Alhamdulillah ,boleh juga jari ni diberi kekuatan tuk menulis sumting (something) post ataupon entry yang baru . Sejak dua satu hari ni , hidup asyk berair bersin memanjang dan pening dikala hari membuat kan hamba Allah ni lemah tuk melakukan papa pon. Dan semalam adalah hari yang agak "kurang" teruk kerana sakit gigi yang memanjangan sehingga aku tidak boleh tidoq dengan aman . Ditambah pula dengan badan yang semakin panas . Dan ketika menulis entry ni , kwn2 coursemate mesti berada di dkg130bb di bangunan biologi FST UKM tuk klas microbiology and aku still dibilik..insyaAllah jika diri ini merasa kuat dan sihat , klas selepas ini (sistem kewangan islam) bolehh la aku datang . haha , entry kali ni bukan tuk mencerita kan tentang diri ni ja. (baru nak masuk isi post ,sila sambung baca ek)


back to the point,

        sahabat dan kawan yang dikasihi sekalian , sepertimana kita semua sedia maklum , kehidupan ini penuh dengan ujian dan halangan . Bukan hari-hari Tuhan bagi kesenangan dan kesihatan yang baik  tapi kadang2 kita akan diuji dengan pelbagai masalah masalah yang timbul dan secara tiba2 . dan bertepatan lah dengan sepotong kerat lagu raihan ni " Lapang sebelum sempit , kaya sebelum miskin , sihat sebelum sakit , hidup sebelum mati" ( tak ingat lagi satu ,semua patutnya ad lima ) telah menerangkan situasi-situasi yang bkn/ xkan berkekalan iaitu dalam bahasa yang sonang , akan datang sesuatu selepas kita merasakan sesuatu dan semua tu adalah ujian bagi yang Esa untuk menguji tahap keimanan kita terhadapNya . dan adakah kita masih bersyukur akan setiap perkara yang telah menimpa diri kita, dan maybe kita hanya banyak mengingat akan Tuhan kita bila berada dalam kesusahan saja , bila kita tak sihat ataupon bila kita merasa sempit hingga tiada arah untuk kita tujui.

         " Dan Allah itu bersama-sama orang-orang yang bersabar " ayat 249 surah Al-Baqarah , Bila diri kita diberikan ujian ,bersabar merupakan benda wajib umat islam lakukan . dengan bersabar , kita dapat mengukur sejauh mana keimanan kita terhadapNya . Dan jika kita bersabar ,Allah sentiasa bersama kita dalam setiap musibah ataupon masalah yang perlu kita hadapi .Dan saya ingin mengingatkan diri sendiri dan kwn2 agar sabar dalam setiap  masalah yang kita hadapi insyaAllah ia akan menjadi kekuatan untuk kita hadapi . oleh diri ni tak brapa sihat , stakat sampai disini saja lah pengisian yang boleh saya kongsi untuk santapan rohani kita bersama , akhir kata;

bitaufiq wannajah wassalam..terima kasih

3 comments:

  1. muda sebelum tua ^^
    smoga cepat sehat :D
    sy balek perak dulu!hahah

    ReplyDelete
  2. dalam bersabar tu kita harus juga bersyukur...kerna bgi sesetengah ulama bersyukur itu lebih tinggi darjatnya dripda sabar kerana ramai orang yg selalu sja lalai apabila diberi kenikmatan...wallahualam

    ReplyDelete
  3. oreoo: a'ha ,btol laa..trgt kat lagu tu
    dlu slalu nyanyi..ooit,blek umah ponten klas..haha

    Anonymous ,btol2,tafaddal..syukran..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...