May 08, 2014

Sekilas Pandang

Hari yang mendung
Mendongak ke langit, warna awan gelap seakan-akan sarat dengan bebanan. Cuaca yang dingin dan aku dengan rutin harian, norma kehidupan biasa.
Robot.
" kerja lagi harini, haih. Malasnya" mengeluh aku sambil menunggu trafik.
Suasana sedikit bising dengan suara manusia sibuk dengan urusan masing-masing, budak kecil berkeliaran. Ada yang kelihatan bersedih, dan ada yang gembira. Riak wajah masing-masing dengan seribu kisah. Bau yang acap kali terhidu saat mula melangkah masuk, bau yang aku sudah lali barangkali.
Hospital.
" Code blue, code blue, A&E. " pengumuman yang memenuhi ruang hospital.
Kecoh seketika walaupun tidak terlibat secara langsung. Agak kerap pengumuman sejak akhir akhir ini. 
* Code Blue : kod kecemasan bagi hospital sekiranya berlaku cardiac arrest atau respiratory arrest. Dalam bahasa mudah, jantung berhenti berdegup.
Sekilas pandang, rasa macam baru semalam terima ijazah. Suasana kampus itu masih ligat dalam ingatan walhal sudah hampir 8 bulan selepas majlis graduasi. Pantas masa berlalu, atau aku yang masih terleka dibuai mimpi. Semua orang dengan jalan yang tersendiri, kerja mahupun menyambung pelajaran. Terus berjalan dalam kehidupan yang mencabar.
Alhamdulillah,
Walaupun bukan antara hamba yang patuh, rezeki itu selalu ada. Hari ini jiwa berbolak balik, mungkin rutin harian ini membuat aku selalu mengeluh. Hati yang tidak tenteram dan tidak berpuas hati. Mungkin aku terlalu selesa. Jauh dari sifat bersyukur. Astaghfirullah, hati yang daif.
Ya, zon selesa itu membunuh.
"Treng"
Bunyi nada telefon itu menganggu aku dari terus terleka dengan angan mat jenin aku. Terus membelek telefon pintarku.
Your friend have uploaded a photo in adam biokem.
Notification aplikasi facebook di telefon, antara media sosial yang banyak melalaikan manusia termasuk aku.
Senyuman mula terukir di wajah yang resah.
Haha.

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...