Hari yang cerah.
Panas. Itu saja yang mampu mengambarkan cuaca di negeri jelapang padi ini. Walaupun bumi ini turut dibasahi dengan hujan rahmat, bila siangnya cerah bahang panasnya akan dirasai.
Cerita bulan ini sedikit berbeza dengan bulan-bulan sebelum ini. Selain dari di hujani jemputan jemputan walimah kawan dan saudara, bulan ini terpaksa training jadi backup Phlebotomist.
Ya ambik darah orang.
Terpaksa atau tanggungjawab?
Kalau dulunya mengambil darah seekor mencit dari ekornya, kali ini ceritanya lain. Segenap pesakit di wad menjadi medan latihan aku. Kalau dulu seharian berinteraksi dengan mesin, kali ini dengan manusia. Lain manusia lainlah ragamnya, ada yang peramah dan ada yang sedikit sombong. Dari bayi hingga ke orang dewasa, dan diantaranya aku tertarik dengan seorang pesakit ini.
Lelaki separuh abad berumur dalam lingkungan 40-50 an, berbangsa cina. Tiada waris atau seseorang yang menjaganya, keadaannya tidak terurus. Bau yang kurang menyenangkan dan pakaiannya yang kotor membuat ak terkesima seketika.
Aku mula menyapanya.
" sihat uncle? Nak ambik darah sikit ni boleh?" Sambil mengambil alat-alat yang diperlukan.
Uncle itu hanya mengangguk sahaja, raut wajahnya yang kelihatan kurang selesa dengan kehadiran kami.
Syringe 5ml, satu tiub EDTA, plain tube alcohol swab, cotton swab dan plaster aku letakkan dalam kidney dish dekat dengan lengan kirinya sambil diperhati kakak senior.
"Uncle takdak orang jaga ka kat sini?" Kak senior mula bersuara.
"Uncle orang penang, duk sini sebab kerja. Family semua kat sana" katanya dengan nada perlahan
"Depa taktaw ka uncle sakit masuk wad?" Kak senior mula bertanya lagi.
"Taw, mungkin depa sibuk dengan keja. Takpalah" balas uncle dengan nada yang makin perlahan.
Aku hanya mampu mendiamkan diri.
Hidup ini penuh dengan dugaan. Tidak kira yang berharta mahupun yang tidak berharta. Tika kita sudah selesa, kita akan melupakan masih ada orang memerlukan bantuan.
Hidup ini boleh di ibaratkan seperti angin yang bertiup.,
Kadangkala damai,
Kadangkala kencang,
Begitulah angin bertiup menggambarkan kehidupan,
Allah punya perancangan dan manusia pun merancang,
Tetapi tetap ketentuan Allah merupakan pengakhiran!
(Dipetik dari novel tarbiah Relasi, Hilal Asyraf)
0 kritikan:
Post a Comment