May 27, 2012

Penat yang berbaloi :D

Assalamualaikum : )

just start to believe in yourself


Alhamdulillah , setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana masih memberi sedikit kekuatan untuk berkongsi dan menulis serba sedikit tentang pengalaman dan ilmu yang inshaAllah memberi manfaat kepada kalian semua terutamanya kepada diri sendiri. Perjalanan program "zero to succes" 1 malam dan 1 hari yang bermula semalam sedikit sebanyak memberi pengisian ilmiah dan spiritiual yang lebih baik daripada "terperangkap" dalam bilik dihujung minggu tanpa sebarang aktiviti dan hanya mengadap depan "kitab" laptop.

Program yang berteraskan motivasi bermula agak lewat disebelah malam di masjid UKM, sesi ta'ruf dan beberapa game dijalankan sebagai mukaddimah program. Untuk meneruskan sesi ni , kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan oleh kerana penglibatan muslimin terlalu "memberangsangkan" , semua muslimin dilantik menjadi ketua pada setiap kumpulan. Disebabkan nama faberet ialah Iltizam , nama group pom dinamakan iltizam . rata-rata muslimat yang join program nih dan yang sesatu group nih adalah pelajar tahun satu haish .

Seusai sesi mukaddimah dan sedikit makang makan , kami diarah untuk mengumpul daya *tidoq sebelum menyambung program pada keesokan pagi iaitu operasi burung hantu dan qiamulail . Tepat pukul 4 pagi , qiamulail dan diteruskan kepada operasi burung hantu (OBH). Operasi camni macam kebiasaan permainan burung hantu yang lain namun antara tujuan asasnya ialah untuk membuktikan kebergantungan kita hanya pada Allah bila sebarang ujian menimpa. Selesai OBH dan solat subuh di surau za'ba ,slot pengisian yang diisi oleh ustaz khamis yang sedikit sebanyak memberi pencerahan tentang aqidah dan tabiyyah islam yang perlu digerakkan oleh semua orang islam.Mungkin laen kali buleh kongsi entry yang khusus dalam bab ni inshaAllah. Tak lupa jugak bas-bas dari za'ba yang sedang bersiap-siap  yang nak pergi putrajaya untuk pengisian rohani mereka dalam himpunan  belia. orang yang join tu pakai tshirt berkonsepkan jihad iaitu " i lap PM ".wakaka..*selingan

Perjalanan program seterusnya ialah terletak di taman botani di putrajaya dimana program himpunan satu belia sedang "meriah" berlangsung , patut pom nampak banyak konvo-konvo basikal budak-budak yang menganggu trafik. Nampak sangat ke"belia"an sepanjang perjalanan ke putrajaya disamping konvo basikal ,ada jugak konvo bas sekolah-sekolah. 

Setiba di Taman Botani di putrajaya ,slot 2 " Number one for Succes " yang diisi dengan ceramah santai  bermotivasi dan oleh pakar motivasi ustaz Mohd Hakim yang banyak menekankan tentang kepentingan keyakinan diri dan juga beberapa tips yang membantu kita dalam mencapai apa yang kita cita-citakan. Penyampaiaan yang agak menarik dan kondusif membuat kami sentiasa aktif dan tergelak-gelak sambil memahami mesej yang hendak disampaikan. Konsep mem"bangau" yang turut diperkenalkan dan Encik penceramah turut memperingatkan kami agar tidak mengambil mudah akan tentang diri sendiri. Tanggungjawab sebagai seorang muslim , anak kepada ibubapa dan seorang pelajar turut dijelaskan secara MAP. Antara kunci kata kunci yang dikongsi ,
Every problem have a solution,
every solution have a choice,
every choice is MY choice!
semua bermula sekiranya kita pilih .
dan daripada tahu menjadi mahu , dari mahu menjadi mampu ,  inshaAllah : )


sebaik baik raja ,sebaik baik tentera

Slot 3 "say no to mungkar , say yes to success" oleh ustaz syaari yang mantop banyak membincangkan strategi dan cara pemikiran Sultan Muhammad Al-Fateh yang banyak menekankan dari pelbagai aspek seperti Altitude yang positive , teamwork ,education atau tarbiyyah , yang boleh kita contohi dan menerapkan semua dalam kehidupan kita dalam mengejar kejayaan. Al-Fateh menekankan hal-hal spiritual dalam mendekatkan diri dengan Allah tidak dalam skop ritual namun dalam skop yang menyeluruh membantu beliau dalam pembukaan kota konstantinopel. Pengisian yang mantop dan osem oleh ustaz syaari nih sedikit sebanyak menyentuh dan mencerahkan tentang tujuan yang lebih aula dan sebab kejayaan perlu kita kejar. dan tak lupa gak tips tarbiyyah dari nama Fateh oleh ustaz.

F =  fokus dalam bidang dan tarbiyyah
A = Alquran sentiasa sebagai petunjuk dalam kehidupan
T = Think out of box , membanyakkan cabang2 ilmu yang dikuasai
E = Exposure , pendedahan yang perlu dalam mendidik
H = Higher position iaitu melatih diri bertanggungjawab.

Banyak modul-modul yang dibuat untuk mengisi tentatif program yang sedikit sebanyak memberi view dalam membentuk diri dalam mengejar sucess yang bukan dalam skop akademik sahaja. Modul terakhir dimana semua kumpulan diberi tugasan tugasan yang berlainan dalam mencegah kemungkaran. Untuk mencegah atau say no to mungkar kepada orang , mudah hanya dimulut dan bila diterjemahkan dalam perbuatan dan tindakan bukanlah senang untuk mengajak seseorang mahupon beberapa orang untuk keluar dari perkara mungkar. Dalam situasi ini kita perlu bijak dalam meletakkan kaki kita dalam kasut orang itu , memahami setiap tindakkannya ,dan tidak pulak menghukumnya. Beberapa pendekatan yang strategik perlu diambil untuk memberi kesedaran kepada target agar menjauhi kemungkaran. 

Walaupon seharian penat , namun nilai keber"baloi"an melebihi rasa penat itu sendiri .

Panjang lebar pulak dalam entry nih..
berhenti setakat ini dulu..Moga Allah redha : )

p/s : *konsep mem"BANGAU" iaitu memberi banyak alasan dan menyalahkan benda/orang lain.. 

2 comments:

  1. Afiq,
    ingat lagi tak trademark group kita?..

    Iltizam.............. jelajah! ...inovasi!...

    dengan semangatnya menuding jari ke t-shirt yang dipakai oleh ketua.. :)

    ReplyDelete
  2. haha , tak perlu engat la..memalukan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...