keheningan senja keinsafan
Hari ini (dah lama simpan dalam draft , so abaikan ) terkenang pulak suasana keheningan senja di kampong yang ada sawah padi (bendang) berdekatan dengan rumah ni selepas menikmati suasana senja di kolej zaba dekat ukm baru-baru ni . A'ah , suasana yang berlainan tapi perasaan yang sama dirasai setiap kali melihat salah satu lakaran Allah yang indah ni tanpa pernah ada rasa jemu . Allahuakhbar , speechless diam terpaku diri aku didepan kebesaran Ilahi . tatkala menikmati pemandagan indah senja ni ,terasa hilang seketika daripada semua masalah dunia yang sibuk dikejar oleh manusia , and again diri ini terpegun melihat keindahan senja , and kadang kadang pernah cuba memikirkan apa maksud tersirat di dalam keindahan lakaran ilahi nih . dan kadang-kadang pulak terasa sebak bila melihat permandangan matahari terbenam , timbul perasaan takut akan masa di dunia ni expired , takut tidak sempat nak mengumpul bekalan yang mencukupi untuk dihisabkan nanti .
"waktu senja , waktu bila matahari mula terbenam perlahan-lahan . waktu matahari betul-betul di ufuk antara bukit-bukit atau dihujung lautan , then matahari akan jatuh atau terbenam dengan sekelip mata meninggalkan kita . Subhanallah " teringat pulak apa yang ibu aku pernah gambarkan (dalam loghat utagha) suasana sebelum matahari mula meninggalkan bumi *dari perspektif sastera bukan dari aspek sains . Dan semua ini sesuatu suasana yang tak boleh manusia buatkan . tapi tak semua manusia berfikir . tapi tak semua manusia ambil tahu . tak semua manusia bersyukur diberi peluang bernafas lagi . bahkan sekarang manusia lebih prefer mengistiharkan maksiat daripada meninggalkannya . dah jadi trend sekarang , kalau ada orang tukar status relationship dalam facebook yang lagho tu jadi engage ke married ke in relationship ke daripada single , ramai pulak yang akan puji siap dengan tolong doakan "semoga kalian bahagia hingga ke akhirnya insyaAllah amin " Astagfirullah , no komen la.
aku seorang pendosa , semua manusia pernah melakukan kesilapan dan setiap orang pernah membuat dosa . bila bercakap tentang dosa , semua orang islam tahu akannya bahkan agama lain pun paham akan erti dosa ni . and setiap kali melihat keindahan Ufuk Senja , benda yang aku selalu teringat adalah dosa-dosa lalu .lalu aku bertanya kat diri sendiri, cukupkah amalan aku yang sangat sedikit nih ? cukupkah pahala aku untuk dijadikan bekalan ? sedar banyak sangat dosa yang aku buat , kadang-kadang sedar dosa-dosa yang aku lakukan itu ianya DOSA tapi masih tak mampu untuk meninggalkannya bahkan menambah pulak dengan dosa-dosa lain . Ya Allah , apa yang aku buat hari nih !! rasa-rasa dah berapa gunung kalo dikumpulkan segala dosa-dosa lalu sejak kecik sampai la tua sekarang . layakkah aku nak jadi naqib dalam keluarga aku nanti , cukupkah ilmu aku ni nak bawak bahtera keluarga aku nanti . diam kaku terkelu lidah tanda tersentap !!
Ya Allah !! cetak gila ilmu yang aku ada ni sekarang , jahilnya aku ini . mampukah aku berjaya dalam peperiksaan AKHIR yang TERBESAR di padang mahsyar nanti . Lumrah student-student universiti mahupon mana-mana pusat pengajian pon , level apa pon akan taraf pengajian kita selalunya and kebanyakkan student-student akan cuba " hit the best shot " atau dalam erti kata lain , kita akan pulun ( usaha) sungguh-sungguh bila exam lagi 3 minggu *tersentap kena kat batang hidung sendiri . bila exam dah dekat baru start nak study , benda-benda macam nih dah jadi normal dikalangan pelajar . bahkan , tabiat ni dah terbawa-bawa sebagai seorang hamba yang sebenarnya tengah prepare untuk EXAM BESAQ nanti yang bila-bila masa boleh jadi masa terakhir nak prepare . so , takkan last-last minit baru nak tekan minyak ? sempat? berubah la wahai tuan punya blog ni!!
kadang-kadang diri ini dah kecelaruan jiwo , keliru dengan hakikat hidup ni . kadang-kadang diri ni dah berputus asa dalam mencari hakikat hidup . kadang-kadang diri ni terasa kosong ,jauh sangat dari rahmat Allah . and satu hari , tengah membelek-belek buku . Allahuakhbar , terjumpa sepotong ayat ni daripada Surat cinta Allah .
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang."
[Az-Zumar : 53]
Ya Allah , saat yang pasti aku tak boleh lupakan . saat yang bagi aku rasa ketenangan teramat . even waktu tengah kecelaruan jiwa atau tengah mencari hakikat hidup , kawan-kawan lelaki se-kosmate la yang dah banyak nasihat dengan kata-kata motivasi . siap bagi video "cukup bagiku Allah-opick" , and bagi kata-kata motivasi la. thank you very much ukhuwuah fillah , sedikit sebanyak terubat penyakit hati ni . tapi Subhanallah , hanya satu potongan ayat dari surat cinta Allah kepada hamba-hambanya dah cukup memadai untuk menenangkan jiwa yang banyak penyakit ni . sebenarnya Alquran adalah kunci jawapan kepada semua masalah-masalah kita .
sahabat sekalian ,
Terpanjang lebar pulak post atau entry kali ni , dah lama tak menulis sumthing dalam blog ni . sibuk dengan mengejar kehidupan dunia , lupa tanggungjawab sebagai seorang islam iaitu menyampaikan . akhir kalam , tuan punya blog menyeru kepada diri sendiri terutamanya, dan seterusnya kepada pembaca-pembaca blog ni yang di rahmati Allah sekalian, agar kita sentiasa muhasabah diri kita dari masa ke semasa, dari saat ke saat , dari minit ke minit agar dapat memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi diri kita dan lebih-lebih lagi dalam mengerjakan amal ibadah kepada Allah dalam mengumpul saham-saham yang bakal dilaburkan sewaktu peperiksaan Akhir nanti insyaAllah . Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari kita yang sebelum ini. Semoga seminit akan datang lebih baik dari minit yang berlalu ( copy paste blog orang) , and semoga sesaat yang akan datang lebih baik dari sesaat yang lalu . jom bermuhasabah diri wahai hamba-hmba Allah sekalian..wassalam
iltizam
mencorak iman | membentuk taqwa
0 kritikan:
Post a Comment