December 15, 2011

kawan yang bernama Sahabat

Assalamualaikum ,

mampukah aku hidup keseorangan 

Sahabat , 
kalau aku rebah tak bermaya , 
tolong papahkan daku ,
sekiranya aku jatuh tersungkur , 
angkatlah daku kembali ,
dan jikalau aku alpa dengan nikmat yang Allah kurniakan ini , 
berikan daku peringatan bahawa semua itu hanya sementara ,
dan sekiranya aku membuat maksiat kepada Allah ,
lukulah kepala ku 10x ,
dan tegurlah aku daripada terus melakukan Dosa ,
bawalah aku ke jalan yang Allah redhai ,
dan bukanlah jalan yang Allah murkai ,
dan sekiranya aqidah aku rosak , 
betulkanlah dengan akhlak murni mu ,
dan kalau daku mensyirikkan Allah (nauzubillah), 
yakni terkeluar dari agama Allah ,
bunuhlah daku dan hinalah dengan hina-sehinanya ,
kerana tiada agama lain disisi Allah melainkan Islam .


seorang sahabat adalah seorang kawan yang sentiasa mengajak ke arah kebaikan , dan menegur perkara-perkara mungkar serta sentiasa mengajak menjauhi maksiat kepada Allah , ukhuwuah fillah <3 .

iltizam
memcorak iman | membentuk taqwa

December 13, 2011

di Ufuk Senja

Assalamualaikum ,

keheningan senja keinsafan

    Hari ini (dah lama simpan dalam draft , so abaikan ) terkenang pulak suasana keheningan senja di kampong yang ada sawah padi (bendang) berdekatan dengan rumah ni selepas menikmati suasana senja di kolej zaba dekat ukm baru-baru ni . A'ah , suasana yang berlainan tapi perasaan yang sama dirasai setiap kali melihat salah satu lakaran Allah yang indah ni tanpa pernah ada rasa jemu . Allahuakhbar , speechless diam terpaku diri aku didepan kebesaran Ilahi . tatkala menikmati pemandagan indah senja ni ,terasa hilang seketika daripada semua masalah dunia yang sibuk dikejar oleh manusia , and again diri ini terpegun melihat keindahan senja , and kadang kadang pernah cuba memikirkan apa maksud tersirat di dalam keindahan lakaran ilahi nih . dan kadang-kadang pulak terasa sebak bila melihat permandangan matahari terbenam , timbul perasaan takut akan masa di dunia ni expired , takut tidak sempat nak mengumpul bekalan yang mencukupi untuk dihisabkan nanti .  

"waktu senja , waktu bila matahari mula terbenam perlahan-lahan . waktu matahari betul-betul di ufuk antara bukit-bukit atau dihujung lautan , then matahari akan jatuh atau terbenam dengan sekelip mata meninggalkan kita . Subhanallah " teringat pulak apa yang ibu aku pernah gambarkan (dalam loghat utagha) suasana sebelum matahari mula meninggalkan bumi *dari perspektif sastera bukan dari aspek sains . Dan semua ini sesuatu suasana yang tak boleh manusia buatkan . tapi tak semua manusia berfikir . tapi tak semua manusia ambil tahu . tak semua manusia bersyukur diberi peluang bernafas lagi . bahkan sekarang manusia lebih prefer mengistiharkan maksiat daripada meninggalkannya . dah jadi trend sekarang , kalau ada orang tukar status relationship dalam facebook yang lagho tu jadi engage ke married ke in relationship ke daripada single , ramai pulak yang akan puji siap dengan tolong doakan "semoga kalian bahagia hingga ke akhirnya insyaAllah amin " Astagfirullah , no komen la.

December 07, 2011

Pengurusan cinta :D

assalamualaikum ,



picture tell everything right?

Anda mengalami masalah hati? Jiwa kacau?
Bagaimana nak dituju cinta ini?

Jom ke Forum Pengurusan Cinta!
InsyaAllah temukan CINTA anda di sana. ^_^"

FORUM PENGURUSAN CINTA
KHAMIS : 8 DISEMBER 2011
JAM: 7.30 MALAM
TEMPAT: FSSK UKM Bangi , DK 3F 203
Anjuran: Biro Kerohanian dan Pembangunan Insan PMFSSK

Sebar2kan untuk pahala.. credits to Nurulhidayah Yusof

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...