Tidak kah kita semua hanyalah seorang Hamba??
assalamualaikum ,
“Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau wanita sedang dia orang beriman, maka mereka itu masuk syurga dan mereka tidak pula dianiaya sedikit pun...” – (Surah an-Nisa, ayat 124).
Bukankah ISLAM itu sendiri menuntut umatnya supaya sentiasa bersabar dan istiqamah bahkan sentiasa bersyukur. Setiap dugaan dan musibah yang menjenguk dalam kehidupan seharian kita , perlu dan seharusnya ditempuhi dengan redha dan penuh keinsafan. Takala kita ditimpa kemalangan atau musibah, hendaklah menyerahkan diri dan bertawakal kepada Allah. Sikap sabar akan memberi ganjaran kepada manusia baik di dunia atau akhirat..mintalah pertolongan dari Allah ,inshaAllah Allahu musta'an .Tidak kah kita ini hanyalah seorang Hamba??
“Kecuali orang sabar (terhadap ujian) dan mengerjakan amal soleh, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.” – (Surah Hud, ayat 11).
Bukankah kita ini seorang hamba??
berapa kali kah kita meminta pertolongan Tuhan setiap kali dalam kesusahan?? dan bila kita dalam kesenangan , bagaimana hubungan kita dengan Pencipta kita??cuba check balik , adakah kita ini diketegorikan sebagai hamba yang sombong dan ingkar??leka??dan kalau dihitung agak2 cukup tak amalan kita selama mana kita hidup ni??fikir-fikirkanlah sendiri...
ok :D ,
berbuat baiklah tanpa mengharap pembalasan dan ganjaran dari manusia . biaq pon dicemuh dan disalah tafsirkan oleh manusia-manusia lain, yang kita cari hanya lah keredhaan Ilahi. Kerana itulah yang sebaik-baiknya..
ikhlaskan diri dan berharaplah ganjaran hanya dari Allah bukan dari manusia..
sekian,
ikhlaskan diri dan berharaplah ganjaran hanya dari Allah bukan dari manusia..
sekian,
jazakumullahu Khairan :D
0 kritikan:
Post a Comment