Assalamualaikum ,
ready or not ?? that not the point
persoalan yang paling banyak timbul dalam abad ini , bukannya apa just kadang-kadang bila manusia mempunyai inisiatif untuk berubah namun hajat diorang tak kesampaiaan akibat daripada kekangan-kekangan yang bagi aku sudah menjadi kebiasaan manusia . Hakikatnya , ramai orang yang nak berubah namun just hangat-hangat tahi-tahi ayam or dalam bahasa mudahnya manusia sering tak jadi nak berubah betol-betol ,sampai sekerat jalan dah tak jadi . So , apa kaitan hangat-hangat tahik ayam ni dengan aku ?? banyak perkaitannya sejak-sejak ini ,ramai orang salah paham ja and aku just tutup mulut . bagi orang yang salah paham tu , haha jangan duk mengata pulak kat aku
manusia oh manusia ,
masalah aku ialah orang ingat aku dah berubah jadi alim , nak jadi imam muda la,syeikh la bila aku start pakai lebai atau kopiah baru-baru ini and aku just meng"ye" kan ja . kalau la diorang tahu hal sebenarnya ,haish mesti hampa pandang serong dah kat aku ni . Kisahnya bermula 2-3 minggu sebelom raya aidilfitri yang lepas ,setelah aku membuat keputusan untuk memendekkan rambut di sebuah kedai gunting rambut mamak punya . bukan pendek tapi lebih kepada hampir botak , and of coz la bagi aku yang tak pernah botak terkejut besaq . And thats how aku mula pakai lebai atau kopiah haha . Now , rambut dah tumbuh normal balek tak la botak cam dulu sangat jadi aku mula dah kurang memakai lebai and kopiah melainkan waktu solat je la .
Mesti ramai orang yang akan mengata memuji bila aku dah berubah balek jadi tak pakai kopiah @ lebai ni ,susah kalau nak tutup mulut orang ni . Maybe ramai orang mengata dalam hati kat aku cam ni , "afiq tak istiqamah la ", "afiq teruk la ,"afiq berubah jahil la" , "nik name dah afiq iltizam tapi hampeh "and macam-macam lagi la . Tapi persoalannya , adakah dengan pemakaian lebai@kopiah ni menjadi petanda aras atau trademark bagi orang-orang yang alim ,yang nak berubah or yang nak jadi imam muda . Adakah dengan pakai lebai @kopiah itu membolehkan masyarakat mengukur iman seseorang itu ??SALAH !!! ,iman tak dapat diukur dengan hanya bersifat luaran sahaja . Tak semua orang yang memakai lebai dan kopiah itu alim dan beriman . ada ja orang yang pakai lebai tapi solat berjemaah jarang , solat tak dijaga and macam-macam lagi la..banyak je yang aku nampak kat kolej ni *hurmm ...
siapalah aku ni nak komen-komen and tegur orang ,ilmu agama tak tinggi and banyak benda yang tak taw lagi . tapi saya bukanlah nak mengata orang yang memakai lebai tak alim , just nak menyatakan dan membetulkan pandangan sesetengah pihak bahawa lebai dan berkopiah bukanlah petanda sedalam dan sejauh mana iman seseorang itu . namun tak dapat dinafikan memang dengan pemakaian lebai tu banyak fadilatnya namun ia bergantung juga atas dasar iman , niat dan keihklasan hati seseorang itu . Terdetik juga dalam hati ni untuk istiqamah dan teruskan berlebai tapi hurm tak taw la nak cakap camna . Kalau nak berubah takdak alasan . Ok dah abih cerita sal lebai .
And satu hal lagi adalah mengenai lab partner yang tettttt , bukan nak mengata atau emo kat blog ni just banyak bende yang tak puas ati dengannya seperti ,
lab partner : afiq , you take the ph .
afiq : ok ( pegi sorang-sorang ambik pH kat blakang )
lab partner : tak pyah ambik pH tu , saya nak guna yang senior punya..
saya dah ada referrences (macam lah aku tak dak)
saya dah ada referrences (macam lah aku tak dak)
afiq : hurm , ok ( padahal dah nak abis ambik pH value).
lab partner : afiq , pegi ambik pH ag untuk experiment 2 ( ni aku dah translate
ke bahasa melayu )
ke bahasa melayu )
afiq : what ??hurm ok (again )
kesimpulannya , lab partner aku ni taw nak suruh aku buat kerje sorang-sorang ja . dah la suka salah kan aku banyak je dia nak komen . Dah la report dia nak buat sorang-sorang , aku just lukis graph first ja .memang dia nak biar aku tak dapat ilmu , dasar @$#% patut la melayu tak maju .dah la tak amanah kalau ikutkan hati *dush 2 bijik melekat kat muka dia "tu la makan dia" .grrrrhh!!
mood : meluat dengan lab partner , sabor jela .
tak lupa jugak , beberapa hari yang dah lepas juga merupakan hari lahir aku sendiri and aku pon tak ingat , thanks to my sisters and tak lupa jugak my best friend Muhammad Aliff yang tolong peringatkan , tu pon sebab sama dengan tarikh lahir mak dia . Haha ,sejak-sejak ni agak sibuk dengan program pesta konvokesyen UKM yang ke-39 so tak sempat nak ingat . Azam genap umur 2* ni , moga dapat istiqamah dan iltizam dalam setiap amalan dan juga dalam pelajaran haha rasa nak gelak pulak . bila seorang anak adam itu sampai genap umurnya , maka semakin dekat lah pangilan mati . And harap boleh bertambah amalan kebaikan dan ikhlas dalam setiap amalan untuk mencari keredhaan Allah .
Gudluck to myself!!
Gudluck to myself!!
SANAHELWAH! :)
ReplyDelete