May 11, 2015

Kerana kita semua pendidik



Sekilas di Krabi


Sudah lama kisah ini mula dicoret, takkala empunya diri sudah hampir lebih setengah tahun menjadi warga pendidik walaupun sementara dan silih berganti sekolah. Kisah yang dilakarkan hanya secebis coretan naik turun aku dalam perjalanan hidup yang fatamorgana ini. Siang dan malam silih berganti, hampir genap dua tahun melangkah keluar dari alam kampus.

Pejam celik.

Dua bulan di sekolah ini, dua bulan setengah di sekolah itu, tiga bulan disekolah yang disana. Tempoh yang singkat kalau di bandingkan dengan keringat jasa para guru, muallim dan murabbi terdahulu yang sudah lama mencurah bakti kepada anak bangsa.

Mendidik bukanlah sesuatu yang pernah bermain di fikiran aku 5 dan 6 tahun sebelum ini. Menjadi warga pendidik bukanlah cita cita yang sering didoktorinkan kepada aku. Dari kuli makmal ke penganggur terhormat dan sekarang sebagai pendidik "sementara", kemudiannya masih dalam tanda tanya.

Guru ganti atau sementara ini bukanlah sesuatu yang mashyur, atau gah pada pandangan manusia. Kebanyakkannya yang tiada pekerjaan tetap. Pendidik sementara ini jua bukanlah selalunya di pandang jasanya, bahkan ada tikanya di pandang rendah oleh segelintir guru yang pertuturannya besar sebesar perutnya kerna kenyangnya dengan keangkuhan dunia! Namun tidak dinafikan ramai guru juga yang memberi sokongan dan dorongan. Doaku kalian senantiasa dicucuri rahmat.

Syabas kepada guru guru yang harinya ikhlas mendidik anak bangsa walau terpaksa mengharungi pelbagai kesusahan, yang di pendalaman desa dengan caranya, di pekan kota dengan caranya.

Bukan kisah keangkuhan itu yang aku hendak lakarkan. Cuma dengan secuit pengalaman ini, aku mahu kongsikan apa yang bermain di fikiran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...