April 07, 2011

Tangis si Anak Kecil

kasih sayang seorang ayah

{pending entry}
          Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera walu diman anda semua berada moga sentiasa dalam limpah ruah rahmatNya . Post kali ni sepatutnya dah lama di di postkan tapi akbat kekangan masa dan kesempatan terpaksa laa di perlambatkan sedikt. Alhamdulillah semua kekangan tu telah berakhir dan kini hanya tingal satu lagi cabaran ,halangan ataupon ujian iaitu FINAL EXAM . Tak kurang lagi 1 minggu lagi sebelum semua kudrat dan akal ni terpaksa berjihad dan berperang dimedan peperiksaan. 
back to the point ,

           Tangis si Anak Kecil , bukan menceritakan tentang tangis seorang budak kecil or yang sama waktu dengannya ,tapi fokus utama dalam entry kali ni adalah lebih mengenai tanggunjawab seorang ibu dan ayah dalam memastikan cahaya mata mereka dapat kasih sayang mahupon perhatian yg mencukupi . Ibubapa tak sepatutnya melepaskan tanggunjawab dengan sewenang-wenangnya . IbuBapa adalah guru terawal dan terpenting untuk sekecil . Sudah menjadi tanggungjawab Ibubapa dalam mendidik anak-anaknya agar dapat memenuhi semua keperluan dari pelbagai aspek .


              Pernahkah anda melihat seorang anak2 kecil ,budak-budak kecil merayau ditengah pekan ,merayau di jalan-jalan merayau di mana2 tanpa penjaga??Sudah acap kali diri ni melihat seorang anak kecil yang bagi saya belum sesuai untuk dibiarkan tanpa pengawasan penjaga , dibiarkan menaiki bas dengan sendiri ,dibiarkan berjalan2 bersendirian di pekan ,dibiarkan dengan kawan2 yang sama umur merayau2 di tgh pekan  .dan lagi teruk lagi kalau dibiarkan anak2 kecil itu meminta sedekah bagi menampung keperluan keluarga .Sebelum ni  ,banyak kali terlihat ibubapa sendiri menggunakan anak2 kecil ni untuk meraih simpati . Dan itu paling menyedihkan . Dimana kah tanggungjawab seorang ayah ,tanggungjawab seorang ibu ???setiap kali memandang raut wajah sayu anak2 kecil tu ,hati ni luluh malah menangis dalam duka melihat . Berat hati ni memandang tapi berat lagi hati ni tuk menerima perbuatan parent yang sepatutnya memikul tanggungjawab . banyak lagi nak diperkatakan dan dikongsi lagi namun terpaksa mengundur diri demi Exam Final yang semakin menghampiri ...sehingga diwaktu yang lain , dan renung2 kan lah entry ni , bersama2 muhasabah diri dan berharap kita semua dikecualikan daripada menjadi Seorang Ayah or Ibu yang melepaskan tanggungjawab .

akhir kata ,
Gudluck untuk FINALs dan everything , dan kepada orang yang hatinya mempunyai masalah ( semua org pon camtu T.T) , renungkanlah ayat ni " Dan Allah itu bersama-sama orang-orang yang bersabar " penghujung ayat 249 surah Al-Baqarah  . Bersabar ,berdoa dan bertawakal serta jangan berputus asa . Dan ketahuilah , hati lah yang membuat keputusan sama ada mahu atau menolak. Hati yang memilih sama ada kebaikan atau kejahatan, positif atau negatif, rajin atau malas.Sebaliknya apabila hati manusia itu berisi iman dan tagwa, adanya rasa kehambaan dan rasa bertuhan yang mendalam, maka wujudlah  kebaikan, selamat, sejahtera dan harmonilah kehidupan manusia. Dan ketahui lah , orang2 yang sentiasa menjaga hatinya sentiasa di rahmati olehNya insyaAllah iman teras akidah dan tawakal penggerak taqwa.
Ukhuwuah Fillah <3 ..

           Betulkan Niat , Betulkan fokus , Betulkan aqidah ..islam is the way of life

p/s : post PTSL part 200 sebelum ini bukan lah post dari saya ,tapi just  kawan2 yg saya sayangi telah buat jahat kt belog kesayangan ni. huhu...

wassalam,
sekian terima kasih

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...