Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

March 06, 2012

Secebis Waktu

Assalamualaikum  w.b.t ,

hakikat kehidupan

Sudah hampir separuh perjalanan di UKM ini dilalui , pelbagai jenis rasa asam garam manis kehidupan dirasai dan banyak persoalan yang timbul jauh di benak hati ini memikir akan apa yang diisi dalam tempoh menimba ilmu kali ni. Sedar atau tidak , semester kali ini pasti akan melabuhkan tirainya seperti kebiasaan ,  sedar mahupun secara tak sedar . Memang kebiasaan adab yang datang akan pergi jua , dan yang dikejar akan semakin jauh dan yang dibiar pasti akan hilang . Kita mudah terlupa yang umur dan waktu sentiasa bergerak meninggalkan kita , tiada perhentian untuk berhenti seketika , tiada juga persinggahan untuk berehat seketika . Kedua-duanya tetap maju kehadapan , bergerak tanpa berhenti , tanda kekuasaan ilahi yang kita selalu terlepas pandang dan hanya mengambil atau memandang ringan akannya. Hakikat hidup ini hanyalah sementara , dan Nabi pernah mengingatkan kita tentang perihal kehidupan ini dalam hadis yang sahih,

“ Saya di dunia ini bagaikan penunggang kenderaan yang berehat di bawah sebatang pokok, kemudian pergi meninggalkanya .”( riwayat at-tirmizi ) dipetik dari travelog minda tajdid oleh DrMAZA. 
 
Demikianlah hakikat hidup dibumi Allah ini yang hanya bersifat sementara , hanya sebagai persinggahan sementara untuk manusia mengutip dan menyiapkan diri untuk kehidupan yang hakiki di sana nanti. Kita sering terlupa dan tersasar dari matlamat hidup yang utama , bahkan kita sering meletakkan benda lain sebagai priority utama melebihi daripada menjadi hamba yang beribadat kepadaNya dan memegang amanahNya dengan jujur dan ikhlas. Masing-masing masih kelihatan sibuk dengan pelbagai tugas dan masalah , mengejar apa yang sementara dan dalam waktu yang sama jauh dari menuju yang kekal nanti . Bukan bermaksud mengejar yang sementara itu salah dan berdosa , cuma kadang-kadang kita berlaku tidak adil kepada diri kita sendiri dengan tidak mengimbangi sementara dan kekal  itu dengan adil. Janganlah kita menzalimi diri sendiri . Berfikirlah wahai manusia sekalian !!

“ Apakah tidak kamu berfikir ” surah Al- An’am ayat ke-50

        Masa dan waktu  boleh dianggap sinonim dengan kehidupan seorang pelajar , waktu yang lapang akan terasa kosong dan membosankan sekiranya tiada pengisian yang betul-betul mampu dapat meninggalkan kesan terhadap diri kita sendiri . Menempa pemikiran kita di waktu lapang ini dengan pengisian yang membina dapat membentuk hati yang sihat dengan secara tidak langsung . Dan hati yang sihat dan bersih dapat dilihat dalam diri seseorang kaya dengan sifat-sifat mahmudah dan bukannya mazmumah . Pelbagai ujian mahupun masalah dan rintangan serta halangan yang akan terus menerus hadir tanpa di undang yang sering kali kita merungut , putus asa tanpa memikir hikmah disebalik imtihan dari Allah .  Dugaan yang hadir itu adalah sebagai satu latihan untuk melatih kita sebagai hambaNya dalam mendekatkan diri dengan Allah sebagai wasilahnya dengan sabar, sangka baik serta mengharapkan pertolongan dari Allah . Dan ingatlah, andaikata kita diduga, kita masih wajib bersyukur kerana masih begitu banyak nikmat lain yang tak terkira yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika ditimpa dugaan dan ujian ? Demikianlah, mereka yang tinggi nilai taqwa dan keimananya, tidak mengeluh apabila ditimpa dugaan. Berbeza dengan golongan orang yang lemah taqwa dan keimanannya , apabila ditimpa dugaan kita mudah sangka buruk dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan dugaan kepada kita .

Allah berfirman bermaksud: Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.                     (Surah al-Anbiya, ayat 35)

reach inside your heart

            Perlahan-lahan usia kita berjalan , masa seakan-akan berlari dan waktu sering kali berganti , dan kita pun juga begitu sekiranya kita sedar . Sedar dan leka , beruntunglah orang yang sentiasa bergerak tanpa berhenti , orang yang sentiasa berfikir dan orang yang bersyukur . Universiti kehidupan akan terus mengajar kita erti dan hakikat hidup itu sendiri . Masa dan pengalaman pasti akan menjadi lecturer yang setia mendidik dan mengajar kita dalam menempuh kehidupan yang fana ini . Waktu yang lapang sebelum sempit , waktu kaya sebelum miskin , waktu sihat sebelum sakit dan waktu hidup sebelum mati . Kehidupan dunia ini hanyalah merupakan tempat persinggahan sementara bagi kita untuk menyediakan bekalan yang akan dibawa ke akhirat, dunia bukan matlamat akhir, dunia hanyalah merupakan perantaraan atau wasilah untuk menuju ke lokasi atau perjalanan akhir dalam kehidupan manusia iaitu akhirat , alam selepas berlakunya kiamat yang kekal nanti .

Sesungguhnya aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. dan bukan juga yang paling soleh  dalam kalangan kamu, kerana aku juga seorang manusia , yang pernah melampaui batas untuk diri sendiri . dan mungkin akulah yang paling hina dalam kalangan kamu semua .. iltizam

December 15, 2011

kawan yang bernama Sahabat

Assalamualaikum ,

mampukah aku hidup keseorangan 

Sahabat , 
kalau aku rebah tak bermaya , 
tolong papahkan daku ,
sekiranya aku jatuh tersungkur , 
angkatlah daku kembali ,
dan jikalau aku alpa dengan nikmat yang Allah kurniakan ini , 
berikan daku peringatan bahawa semua itu hanya sementara ,
dan sekiranya aku membuat maksiat kepada Allah ,
lukulah kepala ku 10x ,
dan tegurlah aku daripada terus melakukan Dosa ,
bawalah aku ke jalan yang Allah redhai ,
dan bukanlah jalan yang Allah murkai ,
dan sekiranya aqidah aku rosak , 
betulkanlah dengan akhlak murni mu ,
dan kalau daku mensyirikkan Allah (nauzubillah), 
yakni terkeluar dari agama Allah ,
bunuhlah daku dan hinalah dengan hina-sehinanya ,
kerana tiada agama lain disisi Allah melainkan Islam .


seorang sahabat adalah seorang kawan yang sentiasa mengajak ke arah kebaikan , dan menegur perkara-perkara mungkar serta sentiasa mengajak menjauhi maksiat kepada Allah , ukhuwuah fillah <3 .

iltizam
memcorak iman | membentuk taqwa

December 13, 2011

di Ufuk Senja

Assalamualaikum ,

keheningan senja keinsafan

    Hari ini (dah lama simpan dalam draft , so abaikan ) terkenang pulak suasana keheningan senja di kampong yang ada sawah padi (bendang) berdekatan dengan rumah ni selepas menikmati suasana senja di kolej zaba dekat ukm baru-baru ni . A'ah , suasana yang berlainan tapi perasaan yang sama dirasai setiap kali melihat salah satu lakaran Allah yang indah ni tanpa pernah ada rasa jemu . Allahuakhbar , speechless diam terpaku diri aku didepan kebesaran Ilahi . tatkala menikmati pemandagan indah senja ni ,terasa hilang seketika daripada semua masalah dunia yang sibuk dikejar oleh manusia , and again diri ini terpegun melihat keindahan senja , and kadang kadang pernah cuba memikirkan apa maksud tersirat di dalam keindahan lakaran ilahi nih . dan kadang-kadang pulak terasa sebak bila melihat permandangan matahari terbenam , timbul perasaan takut akan masa di dunia ni expired , takut tidak sempat nak mengumpul bekalan yang mencukupi untuk dihisabkan nanti .  

"waktu senja , waktu bila matahari mula terbenam perlahan-lahan . waktu matahari betul-betul di ufuk antara bukit-bukit atau dihujung lautan , then matahari akan jatuh atau terbenam dengan sekelip mata meninggalkan kita . Subhanallah " teringat pulak apa yang ibu aku pernah gambarkan (dalam loghat utagha) suasana sebelum matahari mula meninggalkan bumi *dari perspektif sastera bukan dari aspek sains . Dan semua ini sesuatu suasana yang tak boleh manusia buatkan . tapi tak semua manusia berfikir . tapi tak semua manusia ambil tahu . tak semua manusia bersyukur diberi peluang bernafas lagi . bahkan sekarang manusia lebih prefer mengistiharkan maksiat daripada meninggalkannya . dah jadi trend sekarang , kalau ada orang tukar status relationship dalam facebook yang lagho tu jadi engage ke married ke in relationship ke daripada single , ramai pulak yang akan puji siap dengan tolong doakan "semoga kalian bahagia hingga ke akhirnya insyaAllah amin " Astagfirullah , no komen la.

November 30, 2011

waktu

assalamualaikum ,


long way to go


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. 
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. 
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. 
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan...(^_^)
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. 
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. 
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. 
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga ...♥♥



credit to my beloved sister ,
nur sarah fatihah,


September 15, 2011

Bukankah kita ini hanya seorang Hamba..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,


Tidak kah kita semua hanyalah seorang Hamba??

assalamualaikum ,
“Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau wanita sedang dia orang beriman, maka mereka itu masuk syurga dan mereka tidak pula dianiaya sedikit pun...” – (Surah an-Nisa, ayat 124).

September 14, 2011

Sekilas Pandang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,


can we count our "amal" back? it's enough?


RT: Instead of reaching your hand out for your phone or laptop, try to reach for the Quran and Allah swt :) @mariaelenazarul @najwa Arifah

jazakAllah khairan.. :D

September 05, 2011

Pengorbanan Seorang Isteri (shared )

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,



seindah hiasan adalah isteri solehah

Aiman duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah.



Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur.

August 20, 2011

Padan muka Hang, huh!!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG ,

gambar yang tak dak mengena pon dengan tajuk.


hai ,

Malang itu tidak berbau , dan kadang-kadang bau tu tak bermalang haha dah mengarut . macam-macam leh terjadi dalam kehidupan seharian kita samada kita sedar atau pon tidak . Sedar atau tak , tiap-tiap hari kita sebenarnya sentiasa diuji dengan cara yang berlainan . kadang-kadang Tuhan uji kita dengan kesenangan , kenkadang pulak dengan kesusahan dan  kadang-kadang Tuhan tarik nikmat yang Dia beri untuk mengajar kita bersyukur.kalau nak list kan nikmat-nikmat yang Dia kurnia @ bagi kat kita , memang tak habis-habis la.

namun ,

August 15, 2011

Why??

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG ,

dun give up


kita MANUSIA..tidak pernah akan terlepas dengan rasa "DOWN"..sesuatu yang pasti..


tapi, kadang-kadang bila kita rasa jatuh, lambat untuk kita bangkit kembali .
then kita rasa kita yang paling teruk. but, 
KENAPA Allah uji kita dengan ujian yang bagi kita cukup berat, kita sering terl...upa. Astaghfirullah..


kita kena BANGKIT..bergerak atas KEIMANAN..


sedar, setiap yang berlaku, telah Allah janjikan hikmah..jangan pernah putus asa dengan ujian dariNya..InsyaALLAH... 


August 13, 2011

....

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG ,


Thank Allah always
Sometimes, Allah breaks our spirit to save our soul.
Sometimes, He breaks our heart to make us whole.
Sometimes, He allows pain so we can be stronger.
Sometimes, Allah sends us failure so we can be humble.
Sometimes, He allows illness so we can take better care of ourselves.
And sometimes, Allah takes everything away from us so we can learn 
the value of everything that He gave us...


...

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG ,



still long way yet to go


Ramai pasangan berpisah kerana sudah hilang rasa cinta. Namun lebih ramai lagi yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini..pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisah pun masih bertemu..♥
”Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.” (Surah al-Baqarah 2:156 )

August 12, 2011

Kenapa Ada Orang Ponteng Puasa huh??

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG ,

which way you are??
Assalamualaikum ,


Definisi puasa selain menahan diri daripada lapar dan dahaga , juga menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membolehkan puasa kita batal on the spot mahupon secara tak sedar mengikut keadaan dan hukum syarak . So apa kaitan definisi puasa dengan orang yang tak atau ponteng berpuasa ni ?? firstly , diorang melakukan perkara-perkara yang membatal kan puasa diorang . Second ,maybe orang-orang yang ponteng puasa tu tak taw perkara-perkara yang membatalkan puasa diorang *positive thinking pliz .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...