December 31, 2010

Tahun Baru

Mari Menghitung Amalan2 Kita Tahun ini

salam sejahtera,bertemu ag kita lam satu sesi yg xformal langsung ni...tentu mlm ni ramai je org kuar an..tahun bru kata an..berbalik kepada tajuk entry kali ni...cukup x??tepuk dada tnya dri sendri..cukup x solat wajib kita tahun ni??cukup x kita puasa tahun ni di bulan ramadan??cukup x amalan2 baek kte??cukup x kita bersedekah??ukur baju/kain di badan sendiri,xperlulah menuding jari sesama kita...
Rasanya berpuas hatikah kita nak bertemu dengan Allah s.w.t dalam keadaan sekarang?
Sedangkan masa hidup kita banyak tersia dengan hiburan dengan mengejar dunia semata..
selama mana kita hidup di muka bumi ini (tolak sebelum baligh) adakah kita mengjaga solat kita??cukup x slama ini amalan2 kita...


Cukupkah ?

Tajuk kutbah Jumaat di masjid UKM hari ini telah menyentuh tentang kasih sayang ibu dan ayah kita,pengorbanan yang telah mereka lakukan.Penat lelah mereka menjaga kita slama ini...dari kecil sampai besar..pernah x kita berterima kasih dengan ibu bapa kita?? anak yg soleh/solehah x kita kepada ibubapa??puas hati x dengan segala2 amalan kita untuk kedua ibubapa..sejak kecil kita dijaga seperti menatang minyak yang penuh,hingga an tidak ada pon seekor nyamuk yang pernah menyentuh kita..semua keinginan kita,semua keperluan kita..pernah x kita berterima kasih..salah satu cara kita berterima kasih ialah dengan menjadi anak yg soleh/solehah..menjaga hati kedua ibubapa..tapi,apa yang berlaku skrang adalah ramai org telah pesong dari jalan yg benar..pernah x kita bersyukur dengan apa yg kita ad sekarang,pernah x kita menghargai apa yg tersedia untuk kita..ramai yg jauh dari tuhan mereka..Kesesatan dengan keseronokan dunia. Masing-masing sibuk mencari hiburan dan keseronokan dunia
 semata. Kesesatan dengan pangkat dan darjat serta 
kemewahan dunia.


tahun baru islam telah berlalu,tapi pernah kita mengambil berat??hadir x kita ke rumah Allah tuk membaca doa2 awal dan akhir tahun bersama2  saudara seislam kita??tidak kah rugi kita membuang masa menyambut tahun baru ini kalo hanya dipenuhi dengan perkara2 yg tidak berfaedah,dan perlu kah kita membuka tahun baru kita ini dengan dosa2 besar??fikir2 kanlah,saya sebagai saudara seislam anda ingin memperingati diri sendiri dan smua org yang membaca entry ini...wallahua'lam..


December 30, 2010

Ya Allah

Tenang lah Hatiku ya Allah..



hujan dikala hampir setiap hari,sejuk yg slalu memeluk diriku,angin2 yg trasa seperti sentiasa menemani diri ku...gundah,resah,bimbang,pening,kosong,risau,cepat je mrah,begang,keliru,pyah na bt keputusan,xkhusyuk cam dlu..asyik xbtol je ap yg kte bt..

sem dua kni dah 2 minggu berlalu,tp ak msih xnampak jalan kluar dr keresahan yg slama ni sentiasa menghantui ak.maybe result+stdy+exam yg tertangguh+ko-k TL+kwn2..sem ni byk yg hilang,manusia cepat berubah an...

maybe dosa2 yg lalu,maybe sbb kte dah makin jauh dr tuhan kte..maybe kte xpernah bersyukur..hurm3

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.


Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diri dan orang lain.


Amin.

November 04, 2010

Renungan untuk kaum hawa



Aku Cuma An-Nisaa
Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..
Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
 Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin  bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.
Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah
Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..
Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..
Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.
Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan
Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!
Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..
*****

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...