February 07, 2011

Mid Sem!!!


YE mid sem dah dekat , dekat hanya di mulut namun jauh sungguh dari tindakan , terus terang na HABAQ jadual mid sem exam pon aku xtaw and xbrapa ingat . Thanks to aurora yang post jadual tu and mengingatkan aku sal exam yang semakin hampir . Berikut adalah jadual exam (copy dari blog org) 

13/2/2011 - Cell Biology
             14/2/2011 - Kimia Analisis Asas
   18/2/2011 - Mikrobiology
23/2/2011 - Biodiversity
28/2/2011 - Kimia Fizik

      haaha , tarikh2 keramat telah termaktub tapi diri aku ni masih terhuyung hayang . Nak cakap sibuk ngn program papa , xleh gak sebab xjoin papa pon . Masa yg terluang habis cam tu ja . Buat teman-teman seperjuangan smoga berjaya menangani masalah stress masing2 and gudluck for mid sem . akhir kata Mumtaz fi kulli imtihan insyaAllah . sekian wassalam

February 06, 2011

Matlamat??Tujuan??


     Sebagaimana tajuk entry kali ni , banyak menyedarkan aku dalam banyak perkara . Antara impian dan cita-cita serta tindakan dan target mahupun matlamat hidup kita yang seakan-akan hilang di mamah masa dan usia..huahuahua T_T..and first of all , FOR YOUR INFORMATION cuti raya cina + mid sem break dah habis..and sepatutnya esok pagi dah start klas blek..eh3!! lupa pulak sebelum pape , Assalamualaikum, salam sejahtera..sebagai seorang muslim sejati , sepatutnya memberi salam adalah kewajipan yang perlu di utamakan ..hehe

     Alhamdulillah , krisis di mesir sekarang bertambah rumit serumit rumitnya and terima kasih banyak2 kepada pemimpin berkuku besi selama 30 tahun Hosni Mubarak (kalo x silap eja la) yang banyak membantu dalam menambah kekerumitan krisis di sana..nasib 11 ribu pelajar+rakyat kita alhamdulillah selamat..insyaAllah semua akan berjalan dengan lancar , proses evakuasi (pemindahan) setakat sekarang berjalan dengan lancar..cukup ngn krisis di mesir , dah banyak melalut and kluaq (loghat utara) topik..

      Haha , yup tiket bas (aloq staq ke kajang) dah HABIS!!..sepatutnya skrang mesti aku dah otw blek ke kolej and maybe dah hampir smpai..tapi still ag kt umah disebabkan sikap tangguh or boleh dikatakan juga kekelambatan diri sendiri membeli tiket bas , so What your did is What your GET and what your Deserve and jadi la camni..tapi still syukur gak coz ada gak tiket tuk blek ke kolej even agak lambat sedikit..ye3!! mmg lambat sgt pon  , mlm ni baru nak bertolak p blek U yg terchenta (UKM) and blek kolej (zaba) yang dirindui "sangat" ..rasa macam dah botak kepala sebab banyak pikir sal kerja+mid sem exam yang dihujung tanduk .. dahla kerja tutor kimia analisis tak buat ag, cuti ni just blek umah goyang kaki buang masa , tak buat papa and paling obvious skali adalah saya tak study pon . Huish apa la nak jadi nii aduyai!! (marah diri sendiri)....bertimbun ag benda yang kena baca+ulangkaji..Mid sem semakin hampir tapi study semakin tenggelam.  

      Dikala diri ini sedang merenung akan nasib diri , tiba2 pulak teringat akan seorang sahabat baik yang pernah bercakap Direct kat aku "MANA MATLAMAT KO??AP TUJUAN KO??" diam membisu kaku diri ini  , tersentak akan perkataan yang kluar dari mulut seorg insan bernama sahabat itu tanpa ditapis , buat aku skrang lebih banyak berfikir..Thanks to him , now saya sedar akan apa yang diperkatakan olehnya. Tegurannya adalah salah satu bentuk nasihat tuk kita agar lebih banyak2 memikir secara meluas dan kritis dari pelbagai perspektif . Alangkah ruginya kita,just banyak merungut ngn banyak cakap ja lebih..kerja still tak jalan , just omong kosong je banyak . Akhir sekali "Mahu Seribu Usaha , Malas Seribu Alasan "(peribahasa yang telah diedit ckit)..So kurangkan lah provokasi , tingkatkanlah kerja dan kuatkanlah keyakinan anda . Be Creative in Ideas with STRONG Belief in it and an ACTION toward it will make you on top of the WORLD . InsyaAllah sekian syukran , salam..

February 02, 2011

info nasib pelajar di Mesir

Assalamualaikum WBT..untuk mengetahui nasib pelajar2 Malaysia di Mesir,boleh tahu dengan lebih lanjut di http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com .Moga mereka semua sentiasa dilindungi oleh Allah..amin..sekian terima kasih....harap maklum




January 31, 2011

Rusuhan di Mesir..



PENUNJUK perasaan, seorang daripadanya memegang gambar Mubarak yang dipangkah melaungkan slogan ketika berarak 
ke tengah Kota Kaherah, semalam.

assalamualaikum WBT,agak lama sudah tiada entry @ post baru utk blog kesayangan ni...post atau entry kali ini adalah khas tuk kwn2 dan sahabat ku yg berada di cairo,mesir.Atas dasar bimbang akan rusuhan yang hangat dan berlarutan berlaku disana,saya ingin mendoa an keselamatan mereka.Moga mereka dilindungi dari segala malapetaka dan musibah yang melanda disana oleh Allah..amin 



P/S : berharap Kerajaan Malaysia boleh menghantar semua pelajar pulang kembali di Tanah air..ramai ibubapa yg anak nya di sana bimbang dan riso..huhu

January 23, 2011

Kehidupan Seorang Pelajar

klik tuk besar an magnification power

Kehidupan sebagai seorang pelajar slalunya bukan lah indah sangat. Lebih banyak perit daripada manis. Setiap semester ada je masalah. Aku pun bukan lah tergolong dalam pelajar yang pandai dan kaki mengampu pensyarah-pensyarah. Hidup aku di universiti pergi kelas, habis kelas balik blik. Aku tak pernah ambil tau hal-hal fakulti macam..persatuan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aku kurang berminat dengan semuanya. . Tiada yang banyak berubah menyebabkan aku dah bosan aktiviti macam tu (diri sendiri yg xna brubah). Aku dah puas dengan aktiviti seperti itu masa sekolah (kt sekolah dlu pon xpernah join papa)
Tapi tu tak bermakna aku ni ‘katak di bawah tempurung’. Hal-hal penting yang melibatkan pelajaran aku masih menjadi priority  =.=". Dalam erti kata lain hal-hal yang boleh menjejaskan pelajaran aku kat universiti aku masih ambil peduli. Tapi kalau hal-hal yang tiada kaitan dengan aku dan tak memberikan apa-apa faedah kat aku.just layan atas angin sahaja. hakikatnya, yang lemah akan terus berada dibawah, yang berkeyakinan dia akan maju ke hadapan.
Kalau lah ada ranking exam macam disekolah dulu, semestinya aku diantara yang terakhir. Argh! Rindu zaman sekolah (xpun)..dulu aku selalu berada dalam kelas pertama tapi aku lah juga yang memegang nombor terakhir dalam kelas setiap kali exam.T.T
 Aku tak mengejar pointer (sbb sokmo dpt truk). Aku belajar untuk mencari Ilmu dan keredhaan Ilahi Kerana org2 yg berilmu akan diangkat darjatnya .Allah meletakkan orang beriman dan berilmu ke tahap paling tinggi, seperti ditegaskan Allah dalam firmannya bermaksud: �Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat.� (Surah Al-Mujadalah, ayat 11) .
Pointer? 3 lebih? 2 lebih? 1? semua pernah aku rasa.tp kerana pernah rasa gagal la ak akan pasti bangun dan berusaha ag ngn lebih GIGIH (konon la)..gagal bkn segala2 nya...setiap yang diatas pastikan merasa yang dibawah..gagal membawa seribu erti dan pengajaran..so jgn la menjadikan gagal @ xpandai menjadi alasan tuk tidak berusaha..kesimpulannya,study la jgn buang masa ag kt sni..T.T huhu.....final+quiz+kerja tutor...adeh...salam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...