January 21, 2011

Minggu yang Memenatkan!!!


       
         Minggu ni mmg ternyata berat + memenatkan,ini bukanlah satu pengeluhan @ rasa tidak bersyukur dan sebagainya.ianya hanyalah untuk mengjustifikasikan bahawa minggu ni byk aktiviti dan jadual klas yg xdpt dielakkan..haha,alhamdulillah setelah sekian lama tidak menulis lam blog kesayangan ni,akhirnya dpt gak ak memerah idea dan qudrat jari jemari untuk membuat post+entry yg baru ni..
         
        Walaupun jadual klas sem ni agak padat dan mutakhir,namun seperti mna minggu2 yg lalu secara tidak sedar..pejam celik pejam celik ag dah na msuk bulan februari.tiap kali sesuatu minggu itu beakhir,jika direnungkan semula aduyai brapa jam ak dah bzir an,brapa peluh penatku dibazir an dalam aktiviti yg kurang berfaedah namun kita tetap manusia yg sering membuat kesalahan dan alpa dalam setiap benda yg dilakukan...

Pembaca sekalian,        
        Tepat selasa mingu ni,di makmal komputer semasa membuat latihan Microsoft Exel satu panggilan yg benar2 ak syukuri..alhamdulillah,gembira bercampur ngn sebak selepas mendengar kak jah (bukan nama sebenar) beritahu yg paper kimia organik 1 sem lepas yg ditangguhan oleh kesilapan ak,kini pada tarikh 27 januari 2011,di bangunan kimia..ak leh amik paper tu...setelah lama ditanguh..adeh  =.="...

        Minggu ni jugak ukhuwah diantara coursemate (laki only) dierat an melalui aktiviti2 yg tidak kurang seronok nya..ak ngn coursemate bermaen futsal di zaba bersama budak floormate ak hari rabu mlm khamis..pada hari khamis plak kmi menerusan plak ngn outing ke the Mines..even penat bermaen futsal stil ad (sbb lama dah xbersukan) tp kt Mines tenaga kmi sedikit xberkurang,berbowling mkn n bernasyid..kmi terpaksa blek awal sbb teringat kerja2 kimia fizik n laen xsiap ag..pelbagai pengalaman dikecapi bersama (xleh blah pnya ayat) telah berjaya membentuk satu ikatan ukhuwah yg kuat dan jitu diantara kmi walaupun tidak semua yg menyertai kmi sbb kesibukan pogram kolej dan sebagainya..

        
       Akhir kata bak kata pepatah arab " Akal yg sihat datang dari badan yg cergas " dan kita sebagai remaja yang penuh ngn keinginan dan perasaan ingin mencuba seharusnya mengisi msa2 lapang ngn aktiviti yg berfaedah (ayat karangan)..hehe,tidak lupa gak tuk mengimbangi antara ukrawi dan duniawi..sekian terima kasih moga anda sekalian diberkati oleh Allah insyaAllah..amin.

       


..::::: syukran jazilan::::..

January 12, 2011

Cerita Hari Ini

Alkisah 11 Januari
Ok hari ni cam biasa,rutin hari2..g klas jmpa kwn,dgr lecture (smbil tdoq)..then berlari p klas laen plak..

tepat kul 8.20,ak dah pon siap2 menunggu bas di stesen bas zaba yg kt atas (bus stop zaba je)..seperti yg dirancang jmpa kwn depan bangunan kimia then bru na p cri klas pg tuh (lab Mikrokomputer) ...
setibanya disana,trus ja melangkah g bangunan kimia kt FST(trun bas,trun bukit)..jam dah 8.45 tp xnampak ag btg hidung diorg..ngn kredit yg agak byk(ciput benor) ringan (berat2) ja tgn g tepon diorg,sorg otw sorg terlepas bas...so tunggu je la..masa byk berlalu ,geng oreoo pon dah g msuk klas..tp muka diorg habuk pon xnampak..haila,jenoh na tnggu...

Nak singkat an cita,tnggu member pnya psal lambat ja msuk klas...then kna mrah ngn demonstrator,then xdak lec note,kna plak halau ngn demo 2 sruh g photostate..g kdai photostat,mesin 2 asyik bt hal..last2,leh gak photostat..then,ad je page yg blank..huish3,mmg menguji tahap kesabaran btol..niway,demostrator tu smua baek2..sporting gak la..

Next klas Bi (academic comm)..seperti biasa,sesak ja lam klas tu..dala ramai budak biokimia..haha,kli ni sir Paiman tu (half japanese half malay) sruh cabut tajuk then discus ngn group...after that kne present (kna speaking kowt)...lemah semangat ja dgr...waktu kna present,smua perkataan cam hlg ja..gelabah habis..gelak ja taw..haiya..haha T.T klas berakhir dgn klas titas ptg tu (xla ptg sgt bis pon lam kul 7)..mmg tiap2 hari klas smpai ptg..=.="

mlm mmg menarik,seperti beysa pas mgrib mkn(mkn mee sizzling kt zaba,huhu..) tp xsedap pon...dala mhal,RM 4 ringit..kalo lam genih xtaw la bpa..mlm ni kwn ajak g masjid waktu isyak,ad ceramah anjuran FEP...Slah satu ahli panel adalah ustaz Hasrizal..huhu,excited gila...tajuk ceramah mlm tu " Kejatuhan Moral dengan peningktan pemikiran intelektual"...overal mmg best ar even smpai kul 12 tgh malam pon..niway,yg penting skali...setelah lma mengidam buku 'Ak trima nikahnya"..akhir dpt gak dibeli ngn duit sendiri..RM20 tp mmg berbaloi..ciap dpt mintak autograph n bersalaman ngn ustaz tu..


hehe,2ja na cita...ok na start bca buku yg bru dibeli...hepi always..salam...:P

January 08, 2011

LAPpy KesayaNGAn KitA

Tips2 menjaga lappy@laptop@komputer riba






Penggunaan komputer riba atau dalam bahasa penjajah iaitu laptop @ lappy menjadi trend pada masa skrang...keberangkalian seseorang tu utk membeli laptop lagi tggi jika dibandingkan dengan membeli pc desktop.. penjagaan laptop amat penting utk memanjangkan jangka hayat laptop tersebut agar nampk bersinar seperti berlian yang tahan karat selama mungkin dengan meggunakan racun rumpai atau serangga yang dibeli di kedai baju sebelah kedai pak man jual sate arnab atau di kedai asas kolej zaba yg agak mahal 2......huhu...apa aku mrapu ni...haha,niway ni ada lah ckit2 sal penjagaan laptop yg penting yg ak cilok ckit dari blog2 org...huhu,sharing is caring der..harap sedikit ilmu ni dapat dimaanfaat an oleh smua org kay...



1. Bateri
* Elakkan daripada penggunaan bateri.
* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
* Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.
* Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
* Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
* Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD
* Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan screen saver.
* Power management setkan pada ‘Turn Off monitor in … minutes’.
* Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
* Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ‘Dead pixel’.
4. Haba Panas
* Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
* Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.
5. Surge Protector
* Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
* Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
* Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
* Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.
6. Port
* Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan berus atau berus gigi lama.
* Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.


sekian terima kasih...amalkan ek...salam

December 31, 2010

Tahun Baru

Mari Menghitung Amalan2 Kita Tahun ini

salam sejahtera,bertemu ag kita lam satu sesi yg xformal langsung ni...tentu mlm ni ramai je org kuar an..tahun bru kata an..berbalik kepada tajuk entry kali ni...cukup x??tepuk dada tnya dri sendri..cukup x solat wajib kita tahun ni??cukup x kita puasa tahun ni di bulan ramadan??cukup x amalan2 baek kte??cukup x kita bersedekah??ukur baju/kain di badan sendiri,xperlulah menuding jari sesama kita...
Rasanya berpuas hatikah kita nak bertemu dengan Allah s.w.t dalam keadaan sekarang?
Sedangkan masa hidup kita banyak tersia dengan hiburan dengan mengejar dunia semata..
selama mana kita hidup di muka bumi ini (tolak sebelum baligh) adakah kita mengjaga solat kita??cukup x slama ini amalan2 kita...


Cukupkah ?

Tajuk kutbah Jumaat di masjid UKM hari ini telah menyentuh tentang kasih sayang ibu dan ayah kita,pengorbanan yang telah mereka lakukan.Penat lelah mereka menjaga kita slama ini...dari kecil sampai besar..pernah x kita berterima kasih dengan ibu bapa kita?? anak yg soleh/solehah x kita kepada ibubapa??puas hati x dengan segala2 amalan kita untuk kedua ibubapa..sejak kecil kita dijaga seperti menatang minyak yang penuh,hingga an tidak ada pon seekor nyamuk yang pernah menyentuh kita..semua keinginan kita,semua keperluan kita..pernah x kita berterima kasih..salah satu cara kita berterima kasih ialah dengan menjadi anak yg soleh/solehah..menjaga hati kedua ibubapa..tapi,apa yang berlaku skrang adalah ramai org telah pesong dari jalan yg benar..pernah x kita bersyukur dengan apa yg kita ad sekarang,pernah x kita menghargai apa yg tersedia untuk kita..ramai yg jauh dari tuhan mereka..Kesesatan dengan keseronokan dunia. Masing-masing sibuk mencari hiburan dan keseronokan dunia
 semata. Kesesatan dengan pangkat dan darjat serta 
kemewahan dunia.


tahun baru islam telah berlalu,tapi pernah kita mengambil berat??hadir x kita ke rumah Allah tuk membaca doa2 awal dan akhir tahun bersama2  saudara seislam kita??tidak kah rugi kita membuang masa menyambut tahun baru ini kalo hanya dipenuhi dengan perkara2 yg tidak berfaedah,dan perlu kah kita membuka tahun baru kita ini dengan dosa2 besar??fikir2 kanlah,saya sebagai saudara seislam anda ingin memperingati diri sendiri dan smua org yang membaca entry ini...wallahua'lam..


December 30, 2010

Ya Allah

Tenang lah Hatiku ya Allah..



hujan dikala hampir setiap hari,sejuk yg slalu memeluk diriku,angin2 yg trasa seperti sentiasa menemani diri ku...gundah,resah,bimbang,pening,kosong,risau,cepat je mrah,begang,keliru,pyah na bt keputusan,xkhusyuk cam dlu..asyik xbtol je ap yg kte bt..

sem dua kni dah 2 minggu berlalu,tp ak msih xnampak jalan kluar dr keresahan yg slama ni sentiasa menghantui ak.maybe result+stdy+exam yg tertangguh+ko-k TL+kwn2..sem ni byk yg hilang,manusia cepat berubah an...

maybe dosa2 yg lalu,maybe sbb kte dah makin jauh dr tuhan kte..maybe kte xpernah bersyukur..hurm3

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.


Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diri dan orang lain.


Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...